Thursday, July 24, 2008

Profil terkini Bingkas Kebayan

Persatuan Anjung Seni Bingkas Kebayan, Malaysia

1, Jalan 5/8 Pandan Indah, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur

0123721453. 0122293562. 0133999568. 0193357957.


Bingkas Kebayan

Mencintai Kehidupan, Alam Sekitar, Warisan Bangsa

Ilmu, Amal, Iman


Dilahirkan atas kesedaran dan tanggungjawab terhadap pembangunan kanak-kanak dan remaja melalui kesenian sebagai pewaris negara.


Merancang pembangunan kegiatan setiap lima tahun. Pengkhususan di dalam sebarang bentuk seni budaya melalui teater, puisi, muzik, dan bengkel untuk kanak-kanak, remaja, keluarga, dan umum.


Bingkas Kebayan/Ladin Nuawi adalah persatuan/individu yang pertama di dalam Malaysia yang telah mementaskan 9 teater kanak-kanak sejak 1999.


Pementasan Puisi Keliling Amal Kanak-Kanak “Rebung Puisi” 2005 Bingkas Kebayan adalah yang pertama dalam sejarah kesusasteraan Malaysia yang pernah diadakan dalam Malaysia untuk kanak-kanak dan remaja.



KERJA SENI BINGKAS KEBAYAN

  • PERSEMBAHAN TEATER TEGAR 90 MINIT.

Teater Kanak-Kanak. Teater Remaja. Teater Umum. Teater Puisi

  • PERSEMBAHAN TEATER KECIL

Sketsa. Boneka. Bercerita

  • PUISI

Baca. Lakon. Lagu Kanak-Kanak/Remaja/Umum

  • PENGURUSAN SENI/BENGKEL KESENIAN

Teater. Boneka. Bercerita. Kraf. Sastera. Muzik dll

  • PENERBITAN

Buku. Naskhah. Multimedia. Video. Animasi. Muzik.

  • KHIDMAT NASIHAT SENI


MATLAMAT UTAMA (Antaranya)

  • Melahirkan negarawan di kalangan peserta melalui kesenian.
  • Menerbitkan setiap hasil karya ahli.
  • Profesional dalam kesenian kanak-kanak dan remaja.
  • Berkongsi ilmu dan pengalaman dengan semua pihak untuk pembangunan kanak-kanak dan remaja.


LATIHAN (Antaranya)

  • Mengadunkan ilmu kesenian dengan kreativiti kanak-kanak, remaja dan keluarga.
  • Diwajibkan ‘Buka Panggung’ dan ‘Tutup Panggung’ dengan doa dan makan bersama-sama.
  • Kesemua proses latihan harus berguna untuk siasah diri, bermasyarakat dan membantu teknik pembelajaran di sekolah.
  • Sebarang pekerjaan dilakukan secara satu keluarga yang bertanggungjawab yang menjurus kepada ‘ilmu, amal dan iman’.


AMALAN PEMENTASAN. (Antaranya)

  • Masuk percuma: bayi, orang kurang upaya dan warga emas.
  • Pengumpulan buku-buku sumbangan masyarakat untuk masyarakat.
  • Pameran lukisan dan kerjatangan kanak-kanak dan remaja.
  • Bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk tujuan amal.


RANCANGAN LIMA TAHUN KETIGA, 2010-14:

Teater Kanak-Kanak Bingkas Kebayan

  • Meneruskan program induk: teater, bengkel, muzik, puisi dan buku.
  • Program Pengarah dan pengurus Muda untuk teater kanak-kanak.


RANCANGAN LIMA TAHUN PERTAMA, 1999-2004:

(Teater Kanak-kanak Bingkas Kebayan, Karya dan Arahan Ladin Nuawi)

1. DURIAN GERGASI, 6-10 Ogos 1999, MTC Kuala Lumpur.
2. NEGERI KEBAYAN, 13-17 Julai 2001, DBKL K.L.
3. SEWANG RIMBA, 6-11 April 2002, MTC K.L.
4. DI MANA SINGA, 23-29 Jun 2003, MTC K.L.
5. SUNGAI BONDA, 7-13, Jun 2004, MTC K.L.
6. Bengkel Teater/Puisi Kekanak/Remaja 2004, Jan-Mei 2004. MBSA-PENA.


RANCANGAN LIMA TAHUN KEDUA, 2005-09:

1. REBUNG PUISI 2005 (K.L 13-16 April; Perak 14-15 Mei; Kedah 5-6 Jun).

2. DUTA SAMUDERA, Alam Merdeka Alam (K.L 23-28 Ogos 2006).

3. POHON KASIH (Kuantan, 2 Nov. Semarak Seni KEKKWA)

4. POHON KASIH (Teater kanak-kanak digital bersiri, Karyanet DBP, 2007)

5. KAIN BENDERA KAIN (Auditorium Taman Budaya KL, 13-16 Dis. 2007)

6. RASULULLAH CINTA KITA (Penganjur. Auditorium MPAJ Pandan Indah, 22 Mac 2008)

7. MAHKOTA BUANA (berdasarkan Sulalatus Salatin). (8-13 Jun 2008)

8. TEATER BONEKA BURUNG MATAHARI.

9. NYANYIAN BULUH.

10. AL-AMIN KANAK-KANAK (berdasarkan sejarah Rasulullah).

11. SIDANG BERUANG DUNIA.

12. (TEATER PUISI) Duta Kecil Sastera Kanak-kanak/Remaja Malaysia.

13. (BENGKEL) Program Berdikari Dengan Teater. Jun-Dis 2007

14. (BENGKEL) Buku dan naskhah drama kanak-kanak/remaja. 2007-08.

15. Album lagu Puisi Kanak-kanak dan Remaja.


Penyertaan Acara Puisi/Lagu Puisi/Sketsa

2006

1. Pelancaran Majalah Pentas, Istana Budaya, 24 April.

2. Puisi Warisan, Akademi Seni Kebangsaan, 11 Mei.

3. Hari Pengguna, FOMCA-DBP, 29 Julai.

4. Hari Pengguna, Kem. PDN & HEP Selangor, 18 Ogos.

5. Malam Ekspresi… Lubnan, Gurisan Anak Seni, RTM 1. Live. 14 Ogos.

6. Perhimpunan Gabungan Pemuda Malaysia, DBP, 22 Ogos.

7. Deklamasi Angkasapuri 2006, RTM 1. Live. 3 Sept.

8. Malam Kreatif PNB-RTM. RTM 1. Live. 15 Disember.

9. Stanza Dunia ’07. RTM 1. Live. 31 Disember.

10. (Sketsa) Hadiah Raya Bingkas Kebayan. Hari Raya Puasa 2006. RTM.


2007

1. Pelancaran Klip Video ‘Negaraku Gagah Gemilang’. RTM 1. Live. 1 Januari.

2. Puisi Bulanan Pena. K.Lumpur. 5 Januari 2007.

3. (Sketsa) Kempen Kesedaran Penjimatan Air Kebangsaan. FOMCA. KL. 22 Mac.

4. (Sketsa) Program Penerangan Mengenai makanan Ubahsuai (GM) dan Majlis Pelancaran Pertandingan Kepenggunaan, Sempena hari Pengguna Malaysia 2007. FOMCA. Dewan Serbaguna, KPDN&HEP. Putrajaya. 5 April.

5. (Sketsa) Hari Pengguna Malaysia 2007. KPDN&HEP. Stadium Malawati Shah Alam. 25 Julai.

6. (Teknikal dan Bengkel Puisi) Pertandingan Deklamasi Puisi Kanak-kanak. Galeri Ilmu DBP. 24 Ogos.

7. (Puisi) Hari Kanak-kanak Sedunia 2007. Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. KLCCenter. RTM 1. Live. 10 Nov.

8. (Puisi) Genta Puisi PENA-ASWARA. Rumah PENA. 31 Dis.


2008

1. (Lagu Puisi) Kenduri Puisi, Fakulti Pendidikan UPM. 11 Mac.

2. (Lagu Puisi) Puisi PENA. 14 Mac.

3. (Sketsa dan Puisi). Pelancaran Produk Multimedia DBP; Rebung Puisi ii. Pesta Buku Malaysia, 4-13 April. 9 April untuk Multimedia DBP.

4. (Lagu Puisi) Kumpulan Tetap, Puisi Kuala Lumpur. KALAM. DBP. April-Dis.
5. (Dekon) Peserta jemputan sempena Pesta Buku Selangor, Kompleks PKNS Shah Alam. Majlis
Buku Malaysia. 3 Ogos.



Monday, June 16, 2008

Pelancaran WAKAF MELAYU 10 Jun 2008

Baru-baru ini Produksi KAKI dengan kerjasama Bingkas Kebayan telahpun melancarkan Wakaf Melayu.

WAKAF MELAYU
WAKAF membawa maksud tempat berhenti sejenak.

WAKAF itu sendiri ialah tempat yang dibina mungkin kekal mungkin sementara…

Album WAKAF MELAYU ini lambang tempat pertemuan penerbit-penerbit album Melayu sederhana berbincang dan bersatu menghasilkan lagu Melayu berjiwa sederhana.

Mengandungi 10 buah lagu yang bercerita melalui bunyi alat muzik dan kata-kata yang dilagukan untuk menyalurkan cerita bangsa Melayu.

Komposer, penulis lirik, penyusun muzik dan pemuzik undangan yang menjayakan album ini: Adinda Amiro, Amir E.Y.E., Bell, Bong, Burn, Chobe, Duar, Gary Gideon, Ladin Nuawi Bingkas Kebayan, Mohar, Muzalmi, Nuar Botak, Ramli M.S., Salman, Tapai, Yusri Yusof, Zarol, dll.

Reka bentuk kulit album: Sani Mamazi

Konsep Reka bentuk: Produksi Kaki

Keselamatan: S.M. Shaari.


PRODUKSI KAKI(SA 0082970-W)
  • Diasaskan oleh Duar, Muzalmi dan Adinda Amiro.
  • Merakam, menerbit, mengedar dan menjual album.
  • Menambah khazanah muzik Melayu dengan menerbitkan album berirama melayu sederhana.
  • Album WAKAF MELAYU merupakan keluaran pertama Produksi Kaki.

Wednesday, May 21, 2008

Pementasan MAHKOTA BUANA 8 - 13 Jun 08 ditangguhkan

Salam semua,
Dengan rasa dukacita dimaklumkan pementasan teater kanak-kanak Mahkota Buana yang dijadualkan pada 8 - 13 Jun 2008 akan ditangguhkan. InsyaAllah permentasan ini akan diteruskan pada tarikh yang lain. Anak-anak Bingkas Kebayan sudah pun menjalankan latihan sejak bulan Januari. Bermula minggu hadapan anak2 akan menjalankan latihan intensif selama 2 minggu sehingga akhir cuti sekolah di Pandan Indah.
Terima kasih kepada Srikandi yang telah menyokong membeli tiket untuk diri sendiri atau untuk anak2 yatim. Terima kasih kepada Kak Nong, Mariamah dan Wardah yang sudi untuk datang. Kak Minot, terima kasih kerana telah bersusah payah mengumpul batch 71 untuk Mahkota Buana. Juga t.k. pada Anis dan Siti.
For info persiapan untuk pementasan hampir selesai.
Kalau tidak ada aral melintang, pada 10 Jun album lagu "Mahkota Buana" akan dilancarkan. Anak2 telah masuk studio rakaman.
Diharap kita akan dapat berjumpa di tarikh yang lain dalam panggung ..... MAHKOTA BUANA

Siti Nor Rina Nuawi
Penerbit Mahkota Buana

Wednesday, May 14, 2008

Aktiviti terkini

Bingkas Kebayan rehearses for its 1st musical, Mahkota Buana
The rehearsals have already begun since we've finished the MPAJ's Maulud project last March. At the moment the kids are... well, rehearsing. A few of them have gone into recording music guides for the musical at Quantize Studio, Pandan Indah.

Definitely, after each production, the production team "suffers" post-production phase - returning lent costumes and props, reviewing the overall expenses and performance, and YES... cleaning up the studio-cum-clubhouse. The clubhouse will definitely be in total messed up condition. But that's the beauty of a production. (eh?!)

Sekarang ni tenaga kreatif Bingkas Kebayan semuanya sedang giat berkarya demi mementaskan teater kanak-kanak ke-10, Mahkota Buana. Jadi Adminpun tak dapat nak berceloteh banyak-banyak dalam blog kali ini sebab... Adminpun turut terlibat dalam menghasilkan karya untuk teater ini.

Apa-apapun, harap semua dapat bersabar ya..!

Oh ya! Sebelum Admin terlupa, video dan foto-foto berkenaan majlis Maulidurrasul Mac lalu masih dalam pembikinan. Jika siap, Insya Allah Admin akan uploadkan ke web ini.

Sekian dan selamat berjuang!

Friday, April 11, 2008

Bingkas Kebayan & persiapan Pesta Buku Malaysia 2008

Kali ni Admin tak nak cerita banyak-banyak, cuma nak upload foto-foto ni ke web ni aje. Buat pengetahuan semua, foto-foto ni diambil sempena persetujuan pihak Unit Multimedia DBP melantik Bingkas Kebayan mereka maskot mereka untuk Pesta Buku 2008 ni yang sedangpun berlangsung di PWTC dari 4-13 April ini. Jom beramai-ramai jadi ulat buku!

14 April 2008
Alhamdulillah. Segala urusan sempena Pesta Buku Malaysia berakhir dengan baik. Admin sekarang cuma tunggu foto-foto dari adik-adik pemakai maskot yang bertugas tempohari. Mestila nak muatkan dalam web ni!
Oh!
Terlupa pulak. Web tu perkataan Bahasa Inggeris. Kalau nak tahu perkataan Bahasa Melayu/Malaysia (Admin: Mana satu nak guna pakai ni?)... jawapannya adalah SESAWANG!
YA... Selamat berkenalan dengan istilah pengkomputeran baru!