Thursday, July 24, 2008

Profil terkini Bingkas Kebayan

Persatuan Anjung Seni Bingkas Kebayan, Malaysia

1, Jalan 5/8 Pandan Indah, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur

0123721453. 0122293562. 0133999568. 0193357957.


Bingkas Kebayan

Mencintai Kehidupan, Alam Sekitar, Warisan Bangsa

Ilmu, Amal, Iman


Dilahirkan atas kesedaran dan tanggungjawab terhadap pembangunan kanak-kanak dan remaja melalui kesenian sebagai pewaris negara.


Merancang pembangunan kegiatan setiap lima tahun. Pengkhususan di dalam sebarang bentuk seni budaya melalui teater, puisi, muzik, dan bengkel untuk kanak-kanak, remaja, keluarga, dan umum.


Bingkas Kebayan/Ladin Nuawi adalah persatuan/individu yang pertama di dalam Malaysia yang telah mementaskan 9 teater kanak-kanak sejak 1999.


Pementasan Puisi Keliling Amal Kanak-Kanak “Rebung Puisi” 2005 Bingkas Kebayan adalah yang pertama dalam sejarah kesusasteraan Malaysia yang pernah diadakan dalam Malaysia untuk kanak-kanak dan remaja.



KERJA SENI BINGKAS KEBAYAN

  • PERSEMBAHAN TEATER TEGAR 90 MINIT.

Teater Kanak-Kanak. Teater Remaja. Teater Umum. Teater Puisi

  • PERSEMBAHAN TEATER KECIL

Sketsa. Boneka. Bercerita

  • PUISI

Baca. Lakon. Lagu Kanak-Kanak/Remaja/Umum

  • PENGURUSAN SENI/BENGKEL KESENIAN

Teater. Boneka. Bercerita. Kraf. Sastera. Muzik dll

  • PENERBITAN

Buku. Naskhah. Multimedia. Video. Animasi. Muzik.

  • KHIDMAT NASIHAT SENI


MATLAMAT UTAMA (Antaranya)

  • Melahirkan negarawan di kalangan peserta melalui kesenian.
  • Menerbitkan setiap hasil karya ahli.
  • Profesional dalam kesenian kanak-kanak dan remaja.
  • Berkongsi ilmu dan pengalaman dengan semua pihak untuk pembangunan kanak-kanak dan remaja.


LATIHAN (Antaranya)

  • Mengadunkan ilmu kesenian dengan kreativiti kanak-kanak, remaja dan keluarga.
  • Diwajibkan ‘Buka Panggung’ dan ‘Tutup Panggung’ dengan doa dan makan bersama-sama.
  • Kesemua proses latihan harus berguna untuk siasah diri, bermasyarakat dan membantu teknik pembelajaran di sekolah.
  • Sebarang pekerjaan dilakukan secara satu keluarga yang bertanggungjawab yang menjurus kepada ‘ilmu, amal dan iman’.


AMALAN PEMENTASAN. (Antaranya)

  • Masuk percuma: bayi, orang kurang upaya dan warga emas.
  • Pengumpulan buku-buku sumbangan masyarakat untuk masyarakat.
  • Pameran lukisan dan kerjatangan kanak-kanak dan remaja.
  • Bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk tujuan amal.


RANCANGAN LIMA TAHUN KETIGA, 2010-14:

Teater Kanak-Kanak Bingkas Kebayan

  • Meneruskan program induk: teater, bengkel, muzik, puisi dan buku.
  • Program Pengarah dan pengurus Muda untuk teater kanak-kanak.


RANCANGAN LIMA TAHUN PERTAMA, 1999-2004:

(Teater Kanak-kanak Bingkas Kebayan, Karya dan Arahan Ladin Nuawi)

1. DURIAN GERGASI, 6-10 Ogos 1999, MTC Kuala Lumpur.
2. NEGERI KEBAYAN, 13-17 Julai 2001, DBKL K.L.
3. SEWANG RIMBA, 6-11 April 2002, MTC K.L.
4. DI MANA SINGA, 23-29 Jun 2003, MTC K.L.
5. SUNGAI BONDA, 7-13, Jun 2004, MTC K.L.
6. Bengkel Teater/Puisi Kekanak/Remaja 2004, Jan-Mei 2004. MBSA-PENA.


RANCANGAN LIMA TAHUN KEDUA, 2005-09:

1. REBUNG PUISI 2005 (K.L 13-16 April; Perak 14-15 Mei; Kedah 5-6 Jun).

2. DUTA SAMUDERA, Alam Merdeka Alam (K.L 23-28 Ogos 2006).

3. POHON KASIH (Kuantan, 2 Nov. Semarak Seni KEKKWA)

4. POHON KASIH (Teater kanak-kanak digital bersiri, Karyanet DBP, 2007)

5. KAIN BENDERA KAIN (Auditorium Taman Budaya KL, 13-16 Dis. 2007)

6. RASULULLAH CINTA KITA (Penganjur. Auditorium MPAJ Pandan Indah, 22 Mac 2008)

7. MAHKOTA BUANA (berdasarkan Sulalatus Salatin). (8-13 Jun 2008)

8. TEATER BONEKA BURUNG MATAHARI.

9. NYANYIAN BULUH.

10. AL-AMIN KANAK-KANAK (berdasarkan sejarah Rasulullah).

11. SIDANG BERUANG DUNIA.

12. (TEATER PUISI) Duta Kecil Sastera Kanak-kanak/Remaja Malaysia.

13. (BENGKEL) Program Berdikari Dengan Teater. Jun-Dis 2007

14. (BENGKEL) Buku dan naskhah drama kanak-kanak/remaja. 2007-08.

15. Album lagu Puisi Kanak-kanak dan Remaja.


Penyertaan Acara Puisi/Lagu Puisi/Sketsa

2006

1. Pelancaran Majalah Pentas, Istana Budaya, 24 April.

2. Puisi Warisan, Akademi Seni Kebangsaan, 11 Mei.

3. Hari Pengguna, FOMCA-DBP, 29 Julai.

4. Hari Pengguna, Kem. PDN & HEP Selangor, 18 Ogos.

5. Malam Ekspresi… Lubnan, Gurisan Anak Seni, RTM 1. Live. 14 Ogos.

6. Perhimpunan Gabungan Pemuda Malaysia, DBP, 22 Ogos.

7. Deklamasi Angkasapuri 2006, RTM 1. Live. 3 Sept.

8. Malam Kreatif PNB-RTM. RTM 1. Live. 15 Disember.

9. Stanza Dunia ’07. RTM 1. Live. 31 Disember.

10. (Sketsa) Hadiah Raya Bingkas Kebayan. Hari Raya Puasa 2006. RTM.


2007

1. Pelancaran Klip Video ‘Negaraku Gagah Gemilang’. RTM 1. Live. 1 Januari.

2. Puisi Bulanan Pena. K.Lumpur. 5 Januari 2007.

3. (Sketsa) Kempen Kesedaran Penjimatan Air Kebangsaan. FOMCA. KL. 22 Mac.

4. (Sketsa) Program Penerangan Mengenai makanan Ubahsuai (GM) dan Majlis Pelancaran Pertandingan Kepenggunaan, Sempena hari Pengguna Malaysia 2007. FOMCA. Dewan Serbaguna, KPDN&HEP. Putrajaya. 5 April.

5. (Sketsa) Hari Pengguna Malaysia 2007. KPDN&HEP. Stadium Malawati Shah Alam. 25 Julai.

6. (Teknikal dan Bengkel Puisi) Pertandingan Deklamasi Puisi Kanak-kanak. Galeri Ilmu DBP. 24 Ogos.

7. (Puisi) Hari Kanak-kanak Sedunia 2007. Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. KLCCenter. RTM 1. Live. 10 Nov.

8. (Puisi) Genta Puisi PENA-ASWARA. Rumah PENA. 31 Dis.


2008

1. (Lagu Puisi) Kenduri Puisi, Fakulti Pendidikan UPM. 11 Mac.

2. (Lagu Puisi) Puisi PENA. 14 Mac.

3. (Sketsa dan Puisi). Pelancaran Produk Multimedia DBP; Rebung Puisi ii. Pesta Buku Malaysia, 4-13 April. 9 April untuk Multimedia DBP.

4. (Lagu Puisi) Kumpulan Tetap, Puisi Kuala Lumpur. KALAM. DBP. April-Dis.
5. (Dekon) Peserta jemputan sempena Pesta Buku Selangor, Kompleks PKNS Shah Alam. Majlis
Buku Malaysia. 3 Ogos.



1 comment:

Anonymous said...

...please where can I buy a unicorn?