Saturday, May 21, 2011

Apa yang terdapat pada nangka, mangga, durian yang baik, sekadar contoh?

Saturday, October 23, 2010

Hikayat Bingkas Kebayan 2011

Mencintai
Kehidupan Alam Sekitar Warisan Bangsa
Ilmu Amal Iman
BINGKAS KEBAYAN

30 April 2004 berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Lahir atas kesedaran dan tanggungjawab terhadap pembangunan kanak-kanak dan remaja sebagai pewaris negara melalui kesenian berdasarkan falsafah Bingkas Kebayan: Mencinta Kehidupan, Alam Sekitar, Warisan Bangsa.

Merancang pembangunan kegiatan setiap lima tahun (1999-2004; 2005-2009; 2010-2014) dan mementaskan sebuah teater tegar/perdana kanak-kanak (90 mint) atau menerbitkan produk berskala besar setiap tahun.

MATLAMAT UTAMA, antaranya, untuk melahirkan negarawan di kalangan peserta melalui kesenian, menerbitkan setiap hasil karya ahli, profesional dalam kesenian kanak-kanak dan remaja, berkongsi ilmu dan pengalaman dengan semua pihak dan menjadi sebuah sekolah dan taman untuk semua.

LATIHAN dan KERJA, antaranya: Diwajibkan ‘Buka Panggung’ dan ‘Tutup Panggung’ dengan doa dan makan bersama-sama; mengadunkan ilmu kesenian dengan kreativiti kanak-kanak, remaja dan keluarga; kesemua proses latihan harus berguna untuk diri, rmasyarakat dan meningkatkan teknik pembelajaran; dan sebarang kerja dilakukan secara satu keluarga yang bertanggungjawab yang menjurus kepada ‘ilmu, amal dan iman’. Tiada yuran ditetapkan untuk menyertai latihan Bingkas Kebayan.

Bingkas Kebayan/Ladin Nuawi adalah persatuan/individu pertama dalam Malaysia yang telah mementaskan 10 teater kanak-kanak sejak 1999. Pementasan Puisi Keliling Amal Kanak-Kanak “Rebung Puisi” 2005 Bingkas Kebayan pertama dalam sejarah kesusasteraan Malaysia yang pernah diadakan dalam Malaysia untuk kanak-kanak dan remaja.
Meneruskan program induk serta Program Pengarah dan Pengurus Muda teater kanak-kanak dan remaja.

PERKHIDMATAN KERJA SENI BINGKAS KEBAYAN

  • PERSEMBAHAN TEATER TEGAR/PERDANA : Kanak-Kanak. Remaja. Umum. Puisi
  • PERSEMBAHAN TEATER KECIL : Sketsa (Lakon, Lagu, Puisi). Boneka. Bercerita. Tarian
  • PERSEMBAHAN PUISI : Baca. Lakon. Lagu Kanak-Kanak/Remaja/Umum
  • PENGURUSAN/BENGKEL SENI : Teater. Boneka. Bercerita. Kraf. Sastera. Muzik dll
  • PENERBITAN Buku. Naskhah. : Multimedia. Video. Animasi. Muzik. Boneka. Maskot.

KHIDMAT NASIHAT SENI : Umum. Pembimbing. Pementasan. Konvo Tabika/Tadika. Busana. Solekan.

Amal Untuk Amal

KHIDMAT ECERAN : Video nikah. Kek Coklat. Kristal

PRODUK TERBITAN BINGKAS KEBAYAN
  1. VCD Teater kanak-kanak. NEGERI KEBAYAN
  2. VCD Teater kanak-kanak. SEWANG RIMBA
  3. VCD Teater kanak-kanak. DI MANA SINGA
  4. VCD Teater kanak-kanak. SUNGAI BONDA
  5. VCD Teater kanak-kanak. REBUNG PUISI
  6. VCD Teater kanak-kanak. DUTA SAMUDERA
  7. VCD/DVD Teater kanak-kanak. POHON KASIH (5 Episod)
  8. VCD/DVD Teater kanak-kanak. KAIN BENDERA KAIN
  9. VCD/DVD, aneka persembahan. RASULULLAH CINTA KITA
  10. DVD Album Karaoke Kanak-kanak. GEMBIRA SEKALI. (Jan 2009)
  11. Buku Kanak-kanak. NENEK DAN KUCING. Karya Makwe. Cerita bergambar.
  12. DVD Album Karaoke Kanak-kanak. LAGU PUISI WARISAN. (Dalam proses).
  13. POHON KASIH (2007, Teater kanak-kanak digital bersiri, Karyanet DBP)
  14. Buku Drama Kanak-kanak. (Dalam Proses)


TEATER TEGAR/PERDANA KANAK-KANAK BINGKAS KEBAYAN
Karya dan Arahan Ladin Nuawi

  1. DURIAN GERGASI. (6-10 Ogos 1999, MTC Kuala Lumpur)
  2. NEGERI KEBAYAN. (13-17 Julai 2001, Auditorium DBKL)
  3. SEWANG RIMBA. (6-11 April 2002, MTC/MATIC K.L)
  4. DI MANA SINGA. (23-29 Jun 2003, MTC K.L)
  5. SUNGAI BONDA. (7-13, Jun 2004, MTC K.L)
  6. REBUNG PUISI (Teater Puisi). (2005: K.L 13-16 April; Perak 14-15 Mei; Kedah 5-6 Jun)
  7. DUTA SAMUDERA. (23-28 Ogos 2006, Panggung Bandaraya KL).
  8. POHON KASIH (Kuantan, 2 Nov. 2006, Semarak Seni KEKKWA 06, Jemputan)
  9. KAIN BENDERA KAIN (13-16 Dis. 2007, Taman Budaya KL)
  10. MESTIKA HATI. (5 Mei 2010. Shah Alam. PADAT, Konsep skrip Dr. Siti Zainon Ismail)
  11. MAHKOTA BUANA. (12 Februari 2011, Panggung Seni UKM)
  12. GEMBIRA SEKALI (Jan 2009. Penerbitan Album karaoke Kanak-kanak)
  13. RASULULLAH CINTA KITA. (22 Mac 2008, MPAJ Pandan Indah). Penganjur
TEATER UMUM BINGKAS KEBAYAN

Karya dan Arahan Ladin Nuawi
  1.  LEMBAH SEMANTAN. (19-22 Dis. 2005, Stor Teater, DBP, Teater Umum)
  2. APABILA ILHAM MENJELMA. (22-25 April 2009, Stor Teater, DBP, Teater Umum)
  3. SELENDANG TUN FATIMAH SUNDANG MELAKA. (17 Ogos 2009, Stor Teater, DBP, Teater Umum)

TEATER KECIL
Penyertaan Utama (Acara Puisi/Lagu Puisi/Sketsa)
2006
  1. Pelancaran Majalah Pentas, Istana Budaya, 24 April.
  2. Puisi Warisan, Akademi Seni Kebangsaan, 11 Mei.
  3. Hari Pengguna, FOMCA-DBP, 29 Julai.
  4. Hari Pengguna, Kem. PDN & HEP Selangor, 18 Ogos.
  5. Malam Ekspresi Lubnan, Gurisan Anak Seni, Live RTM 1. 14 Ogos.
  6. Perhimpunan Gabungan Pemuda Malaysia, DBP, 22 Ogos.
  7. Deklamasi Angkasapuri 2006, RTM 1. Live. 3 Sept.
  8. Malam Kreatif PNB-RTM. RTM 1. Live. 15 Dis.
  9. Stanza Dunia ’07. RTM 1. Live. 31 Dis.
  10. Hadiah Raya Bingkas Kebayan. Hari Raya Puasa 06. RTM.

2007
  1. Pelancaran Klip Video ‘Negaraku Gagah Gemilang’. RTM 1. Live. 1 Jan.
  2. Puisi Bulanan Pena. K.Lumpur. 5 Jan.
  3. Kempen Kesedaran Penjimatan Air Kebangsaan. FOMCA. KL. 22 Mac.
  4. Program Penerangan Mengenai makanan Ubahsuai (GM) dan Majlis Pelancaran Pertandingan Kepenggunaan, Sempena hari Pengguna Malaysia 07. FOMCA. Dewan Serbaguna, KPDN&HEP. Putrajaya. 5 April.
  5. Hari Pengguna Malaysia 07. KPDN&HEP. Sta.Malawati Shah Alam. 25 Jul.
  6. (Teknikal dan Bengkel Puisi) Pertandingan Deklamasi Puisi Kanak-kanak. Galeri Ilmu DBP. 24 Ogos.
  7. Hari Kanak-kanak Sedunia 07. Kem. Pem. Wanita, Keluarga dan Masy.. KLCCenter. RTM 1. Live. 10 Nov.
  8. Genta Puisi PENA-ASWARA. Rumah PENA. 31 Dis.

2008
  1. (Lagu Puisi) Kenduri Puisi, Fakulti Pendidikan UPM. 11 Mac.
  2. (Lagu Puisi) Puisi PENA. 14 Mac.
  3. (Mengurus) Pelancaran Produk Multimedia DBP, 9 April; (Sektsa dan Puisi). Rebung Puisi ii, 9 April. Pesta Buku Malaysia, PWTC, KL, 4-13 April.
  4. Citra Manusia. ASTRO. Majalah TV.
  5. (Lagu Puisi) Pesona Seni KL. Taman Budaya KL. 27 Dis.

2009
  1. (Sketsa) Demimu Palestin. Utusan Melayu. Lanai Santai. 23 Jan.
  2. Di Bawah Langit Gaza. Tv9, Yayasan Salam. Rumah Pena. 1 Feb.
  3. Di Bawah Langit Gaza. Tv9, Kerajaan Negeri Melaka. 18 Feb.
  4. Doaku Untukmu… Gaza. Zoom In @ RTM. Tv2. Live. 8 Mac.
  5. (Pelancaran Album “Gembira Sekali”). Pesta Buku Antarabangsa KL. PWTC. 25 April.
  6. Persembahan Boneka. Zoo Negara.

2010
  1. (LAGU PUISI) Pejuang Bahasa 152. Rumah PENA. 6 Feb.
  2. (LAGU PUISI) Malam Apresiasi Puisi PBMP, UPM, 2010, 25 Mac.
  3. (SKETSA) Pesta Buku Antarabangsa KL, 2010. PWTC. 28 Mac.
  4. (SKETSA/BONEKA) Sambutan Bulan Membaca 2010. Putrajaya 24 Julai.
  5. (LAGU PUISI) Karnival Kekanak 3QE Kuang. 18 Julai, 1&8 Ogos.
  6. SKETSA SANDOKAN. Ins. Terjemahan Negara Malaysia & Kedutaan Italy. MATIC. 26 Okt.
PROGRAM/BENGKEL
  1. (BENGKEL) Program Berdikari Dengan Teater. Jun-Dis 07
  2. Bengkel Teater/Puisi Kekanak/Remaja 04, Jan-Mei 04. MBSA-PENA
  3.  Maskot Pekaka Besar, Pekaka Kecil dan Tom Kucing (Multimedia DBP).

RANCANGAN LIMA TAHUN KETIGA, 2010-14:
  1. ALBUM Lagu Puisi Kanak-kanak dan Remaja.
  2. AL-AMIN KANAK-KANAK (berdasarkan sejarah Rasulullah).
  3. SIDANG BERUANG DUNIA.
  4. NYANYIAN BULUH.
  5. TEATER/BONEKA MAHKAMAH HAIWAN
  6. TEATER BONEKA BURUNG MATAHARI.
  7. (TEATER PUISI) Duta Kecil Sastera Kanak-kanak/Remaja Malaysia.
  8. PUISI WARISAN.

Friday, October 22, 2010

SANDOKAN




Mari ramai-ramai ke MATIC Jalan Ampang, 26 okt 2010 5 ptg. saya jadi dayak sarawak.

Tuesday, September 29, 2009

ROKOK OH ROKOK

CIKGU: Kita tidak boleh merokok. kalau merokok cepat mati.
AMIRUL: (Angkat tangan) Cikgu. Ayah saya merokok sejak dulu lagi tapi belum mati-mati.

Saturday, September 26, 2009

Teater Muzikal Selendang Tun Fatimah Sundang Melaka

Salam syahwal sdrku. Semoga cuci hening segala dosa serta kukuh silaratulrahim kita.

SELENDANG TUN FATIMAH SUNDANG MELAKA
Dalam waktu terdekat ini kami akan umumkan. Pementasannya dirancang Mei 2010.

1. Lani sesegara mungkin kami memerlukan TEAM PENGURUSAN. Jika ada yang berhati kebal sudilah hubungi saya segera.
2. Pastu akan diadakan UJIBAKAT di KL. Elok sangat kalau dapat yang ada pakej LAKON, NYANYI, TARI.
3. KEUTAMAAN
a. Pelajar/bekas pelajar/keluarga sekolah tun fatimah JB.
b. Keturunan Tun Fatimah.
c. Keturunan Sultan Mahmud Syah.
d. Pelakon kanak-kanak Ladin/Bingkas Kebayan yang dah besar.
e. Jika anda memang menghargai sejarah bangsa serta ingin dalami suka-duka Tun Fatimah dan Sultan Mahmud.
4. AKAN DITERIMA TANPA UJIBAKAT
Jika anda meminati teater tetapi hanya mahu di belakang pentas sahaja.

Semoga usaha kita dirahmatiNYA. Amin.Sekian wassalam.
Ladin Nuawi 012 372 1453