Wednesday, May 21, 2008

Pementasan MAHKOTA BUANA 8 - 13 Jun 08 ditangguhkan

Salam semua,
Dengan rasa dukacita dimaklumkan pementasan teater kanak-kanak Mahkota Buana yang dijadualkan pada 8 - 13 Jun 2008 akan ditangguhkan. InsyaAllah permentasan ini akan diteruskan pada tarikh yang lain. Anak-anak Bingkas Kebayan sudah pun menjalankan latihan sejak bulan Januari. Bermula minggu hadapan anak2 akan menjalankan latihan intensif selama 2 minggu sehingga akhir cuti sekolah di Pandan Indah.
Terima kasih kepada Srikandi yang telah menyokong membeli tiket untuk diri sendiri atau untuk anak2 yatim. Terima kasih kepada Kak Nong, Mariamah dan Wardah yang sudi untuk datang. Kak Minot, terima kasih kerana telah bersusah payah mengumpul batch 71 untuk Mahkota Buana. Juga t.k. pada Anis dan Siti.
For info persiapan untuk pementasan hampir selesai.
Kalau tidak ada aral melintang, pada 10 Jun album lagu "Mahkota Buana" akan dilancarkan. Anak2 telah masuk studio rakaman.
Diharap kita akan dapat berjumpa di tarikh yang lain dalam panggung ..... MAHKOTA BUANA

Siti Nor Rina Nuawi
Penerbit Mahkota Buana

No comments: