Thursday, October 8, 2009

Seni Itu Mendidik Diri Dan Khalayak


Tuesday, September 29, 2009

ROKOK OH ROKOK

CIKGU: Kita tidak boleh merokok. kalau merokok cepat mati.
AMIRUL: (Angkat tangan) Cikgu. Ayah saya merokok sejak dulu lagi tapi belum mati-mati.

Saturday, September 26, 2009

Teater Muzikal Selendang Tun Fatimah Sundang Melaka

Salam syahwal sdrku. Semoga cuci hening segala dosa serta kukuh silaratulrahim kita.

SELENDANG TUN FATIMAH SUNDANG MELAKA
Dalam waktu terdekat ini kami akan umumkan. Pementasannya dirancang Mei 2010.

1. Lani sesegara mungkin kami memerlukan TEAM PENGURUSAN. Jika ada yang berhati kebal sudilah hubungi saya segera.
2. Pastu akan diadakan UJIBAKAT di KL. Elok sangat kalau dapat yang ada pakej LAKON, NYANYI, TARI.
3. KEUTAMAAN
a. Pelajar/bekas pelajar/keluarga sekolah tun fatimah JB.
b. Keturunan Tun Fatimah.
c. Keturunan Sultan Mahmud Syah.
d. Pelakon kanak-kanak Ladin/Bingkas Kebayan yang dah besar.
e. Jika anda memang menghargai sejarah bangsa serta ingin dalami suka-duka Tun Fatimah dan Sultan Mahmud.
4. AKAN DITERIMA TANPA UJIBAKAT
Jika anda meminati teater tetapi hanya mahu di belakang pentas sahaja.

Semoga usaha kita dirahmatiNYA. Amin.Sekian wassalam.
Ladin Nuawi 012 372 1453

Saturday, August 22, 2009

ucapan ramadhan

selamat menunaikan ibadah puasa kepada muslimin muslimat seantero dunia

Wednesday, July 1, 2009

Festival Teater KL 2009 tiba lagi!

Marilah beramai-ramai menyokong seni teater kita! Ramaikan majlis ya kawan-kawan! Jumpa di sana, Insya Allah!

JADUAL FESTIVAL TEATER WILAYAH 2009

Sumber dari http://mekarbudaya.blogspot.com/2009/06/entri-khas-jadual-festival-teater_27.html


17 JULAI
KELAB TEATER KOTA KUALA LUMPUR
TEATER: PEMAIN (Monolog)

19 JULAI
SEKOLAH TAMAN KOPERASI POLIS KUALA LUMPUR
TEATER: NEGERI KEBAYAN (Teater Kanak-Kanak)

21 JULAI
THE QUM ACTORS
TEATER: MIAO MIAO SANG ARNAB (NGO/IPTA)

23 JULAI
KELAB TEATER KOTA KUALA LUMPUR
TEATER: TELEFON (NGO/IPTA)

25 JULAI
KELAB TEATER KOTA KUALA LUMPUR
TEATER: CINCIN BELAH ROTAN (Teater Kanak-Kanak)

27 JULAI
KUPAS PRODUCTION
TEATER: SUBUH (NGO/ IPTA)

29 JULAI
ILHAM ART EVENT MANAGEMENT SERVICES
TEATER: TRANSIT (NGO/ IPTA)

31 JULAI
DRAMATIS CAMAR PESONA
TEATER: JEBAT (NGO/IPTA)

1 OGOS
SARRAROSESM MANAGEMENT
TEATER: MONOLOG D (Monolog)


PERSEMBAHAN TEATER LAIN SEKITAR BULAN JULAI

TEATER PERDANA INTAN YANG TERCANAI
KARYA: SASTERAWAN NEGARA DATO NOORDIN HASSAN
ARAHAN: A.WAHAB HAMZAH
TARIKH: 8 - 12 JULAI 2009
TEMPAT: BALAI BUDAYA TUN SYED NASIR, DBP
MASA: 8.30 MALAM
TIKET: RM 20 (Diskaun 50% untuk warga emas, OKU dan pelajar)

TEATER: BANGSAWAN HARIS FADILAH & SITI ZAWIYAH
ARAHAN: SHAHRUL MIZAD ASHAARI
ANJURAN: JKKN, DBKL & ASWARA
TARIKH: 10 - 12 JULAI 2009
TEMPAT: PANGGUNG BANDARAYA DBKL
MASA: 8.30 MALAM
Masuk percuma


Keputusan Festival Teater Selangor 2009:


Johan : Persatuan Kebudayaan Suara Alam ( KALUT)

Naib Johan : HIDAYAH ( Pegawai Khalwat )

Ketiga : RESAM ( Syurga atau Neraka )

Keempat : ASWA ( Cemar )

Kelima : Teater Rimba UKM ( Super Thuih & Transit Kaler Magenta )

untuk maklumat lanjut sila layari www.suaraalam.org.my

Saturday, June 13, 2009

Petikan dari http://ph.news.yahoo.com/afp/20090612/tap-malaysia-media-religion-islam-0193655.html

Malaysia plans to launch Islamic TV channel

Malaysia plans to launch Islamic TV channel

KUALA LUMPUR (AFP) - – Malaysia is to launch a free-to-air Islamic television channel aimed at family education based on the religion's teachings, according to the Islamic affairs minister.

Jamil Khir Baharom told state media late Thursday plans for the channel were at the technical stage with ongoing discussions on the programming but declined to give a launch date.

"The Islamic TV channel will give the people an alternative," he told Bernama.

"Local TV stations do carry Islamic programmes but they only (make) up 10 to 18 percent of the overall content. The Islamic TV channel will appeal to Muslims and also non-Muslims," he added.

Jamil said the channel would be fully owned by the government and operated by the Malaysian Islamic Development Department or JAKIM, which has just launched an Islamic radio station.

About 60 percent of Malaysia's 27 million people are ethnic Malay Muslims while the country's minority Chinese and Indians are mostly Buddhists, Hindus or Christians.

pembayang: Insya Allah mungkin ini akan jadi salah satu projek melibatkan Bingkas Kebayan. tunggu~!


Monday, May 18, 2009

Aktiviti terkini: Persembahan Boneka di Zoo Negara!!!

Di sini agak sibuk dengan persiapan untuk persembahan boneka yang akan diadakan di Zoo Negara 30-31 Mei ini, antaranya termasuklah membuat boneka & pentasnya, latihan boneka (termasuk voice acting & kemahiran bermain boneka) serta persiapan-persiapan lain.

Oh ya! Bagi yang ingin mendapatkan album terbaru Bingkas Kebayan, Gembira Sekali yang telah dilancarkan 25 April lalu bolehlah membuat tempahan menerusi bingkas_kebayan@yahoo.com, Pak Ladin (012-3721453, ladinuawi@yahoo.com.my) atau Cik Na (012-2293562, siti_norrina@yahoo.com). Nyatakan Nama & Alamat, Emel (jika ada), Bilangan yang dikehendaki & No. untuk dihubungi. Maklumat tentang album boleh dilayari di Video Bingkas Kebayan.

Ok. Hingga di sini saja. Foto-foto latihan akan menyusul kemudian. daa~

Tuesday, March 31, 2009

PROMO! Album lagu karaoke "Gembira Sekali"


SIARAN UMUM

PELANCARAN ALBUM KARAOKE KANAK-KANAK “GEMBIRA SEKALI” BINGKAS KEBAYAN


Persatuan Anjung Seni Bingkas Kebayan, Malaysia (Bingkas Kebayan) akan melancarkan album karaoke kanak-kanak bertajuk “Gembira Sekali” pada 25 April 2009, jam 3.00-5.00 petang, di Pentas Ruang Legar, Sempena Pesta Buku Antarabangsa Malaysia, 18-26 April, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Pelancaran Gembira Sekali akan disempurnakan oleh Puan Mek Yam bt Jusoh, Presiden Srikandi Tun Fatimah (Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru).

Pada pelancaran itu Kanak-kanak Bingkas Kebayan akan mempersembahkan kesemua 9 buah lagu dan 1 puisi yang terdapat di dalam Gembira Sekali. Antara penyumbang puisi dan lagu untuk album ini ialah Datuk Dr. A. Samad Said, Az A. Samad Said, Rahimidin Zahari, Ladin Nuawi, Zack Rio, Bakar Othman dan Tengku Muhammad Tengku Muda.

Di samping itu diadakan demostrasi nyanyi dan gerak yang mudah dan berkesan berdasarkan lagu Allah Maha Esa, Rumah Allah, Tepuk Suka-suka dan Gembira Sekali. Pengunjung akan dijemput untuk menyertai demonstrasi ini.

Sepanjang persembahan itu Ibu Ita dan Makwe, jurulatih busana, tatarias dan prop Bingkas Kebayan akan mengadakan bengkel membuat boneka daripada bahan-bahan terbuang.

Lagu-lagu yang terdapat di dalam Gembira Sekali bertemakan agama, alam sekitar, kasih sayang dan perpaduan. Dipersembahkan secara ceria dengan puisi indah dan mudah dihayati. Sesuai dijadikan alat bantu mengajar, ‘main kata’, mengadakan pementasan di semua tempat, senamam/pergerakan, hiburan keluarga dan cenderamata oleh guru, pelajar, pembantu masyarakat, petugas dan keluarga. Ianya amat berguna untuk membantu kanak-kanak yang bermasalah membuat pergerakan, menggunakan bahasa dan berpuisi.

Bingkas Kebayan merupakan NGO yang bergiat aktif untuk pembangunan kanak-kanak melalui kesenian teater dan puisi sejak tahun 1999. Bingkas Kebayan juga telah mementaskan 9 buah teater kanak-kanak dan berbelas-belas sketsa puisi.

Untuk makluman lanjut sila hubungi Ladin Nuawi (0123721453) dan puan Siti Nor Rina (0122293562) atau layari laman web www.bingkaskebayanmalaysia.com.
Posted by Picasa

Tuesday, March 10, 2009

Petikan dari Harian Metro, Selasa 10 Mac 2009

myMetro » Rap

Selami keperitan Gaza

Oleh Muhd Izawan Baharin
izawan@hmetro.com.my

Rap
SERANGAN dan keganasan rejim Zionis di Gaza selama 22 hari sudah hampir sebulan berlalu namun tangisan serta penderitaan penduduk Palestin tidak mungkin dilupakan.

Manakan tidak, penduduk Palestin yang hidup serba kekurangan diganyang, dibunuh dan diledakkan dengan bom tanpa henti sedangkan negara berkuasa besar dunia hanya sekadar melihat.

Simpati terhadap penduduk Palestin, kematian serta syahidnya ribuan nyawa di sana menyebabkan bantuan terutama dalam bentuk kewangan mencurah-curah datang.

Negara kita juga tidak berkecuali, bantuan diberi bukan saja dalam bentuk wang malah simpati terhadap penduduk Gaza serta kecaman dan kutukan terhadap Israel dizahirkan dalam bentuk bait-bait puisi, lagu, konsert dan perhimpunan orang ramai.

Semua sebagai satu medium luahan rasa marah, sedih dan simpati terhadap saudara seagama yang menjadi mangsa kekejaman tentera Yahudi tanpa henti.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga mengambil langkah sama menerusi siaran langsung Zoom In @ RTM Khas: Doaku Untukmu... Gaza di TV2 Ahad lalu bagi menzahirkan simpati dan keprihatinan terhadap penderitaan rakyat Palestin.

Ia boleh diibaratkan serampang dua mata kerana selain berhibur menerusi persembahan, penonton juga berpeluang menderma ke Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin.

Penonton yang mendapat selendang serta topi berwarna bendera Palestin sebagai tanda sokongan terhadap negara itu berpeluang menyumbang ke tabung itu yang bawa kakitangan RTM sepanjang persembahan. 

Siaran langsung bertempat di Auditorium Perdana, Wisma Radio, Angkasapuri itu menampilkan persembahan artis seperti Aiman, Hafiz Hamidun, Waheeda, kumpulan In Team, Meet Uncle Hussain dan Kumpulan Teater Bingkas Kebayan. 

Lagu dan persembahan sketsa yang dipersembahkan menampilkan tema kemanusiaan, keamanan dan persaudaraan sejagat.

Thursday, January 29, 2009

PUTERA-PUTERI BUMI ANBIA


PUTERA-PUTERI BUMI ANBIA
Ladin Nuawi

Di sini tiada derita
Ini bumi anbia
Tempat lahir para nabi
Jejak-jejak nabi masih di sini

Janji yang satu tetap di sini
Dia tidak pernah mungkiri janji

Musuh boleh runtuhkan rumah kami;
bukan kiblat kaabah kami.

Mereka boleh sekat suara kami;
bukan suara doa kami.

Mereka boleh paksa jutaan janji;
Bukan janji jihad kami.

Mereka boleh bunuh saudara kami;
Satu mati, ratusan Siti Aisyah akan terus lahir
Sepuluh mati, ribuan Bilal akan terus lahir.
Seratus mati, jutaan kami akan terus lahir

Di sini tiada derita
Ini bumi anbia.

Inilah lagu kami:
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!


………..

KEPADA ALLAH
Ladin Nuawi
Lagu: Bingkas Kebayan

Pantang sekali menyerah kalah
Hanya menyerah kepada Allah

Pantang sekali menjadi hamba
Hanya hamba kepada Allah.

Wednesday, January 28, 2009

Petikan dari Utusan Online

BERITA UTAMA

ARKIB : 24/01/2009

2,000 penonton sayu


M. NASIR bersama kumpulan teater Bingkas Kebayan menyanyikan lagu Masirah sebelum mengakhiri Malam Puisi Demimu Palestin anjuran Kumpulan Utusan bersama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Luar di Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi.


KUALA LUMPUR 23 Jan. – Sedih, hiba dan sayu. Itulah gambaran yang jelas terpancar di wajah lebih 2,000 penonton termasuk tetamu kenamaan pada Malam Puisi Utusan Demimu Palestin di sini malam ini.

Walaupun Malaysia dipisahkan ribuan kilometer dengan Gaza namun dalam majlis di Laman Santai, Istana Budaya itu, mereka ternyata sangat hampir dengan penderitaan dan kesengsaraan dahsyat rakyat Palestin.

Ini jelas dilihat apabila setiap kali sesebuah puisi disampaikan, para tetamu dilihat terpaku menghayati bait-bait yang menceritakan keperitan dan penderitaan rakyat Gaza menghadapi kekejaman Israel.

Senario ini bertepatan dengan matlamat Kumpulan Utusan selaku penganjur Malam Puisi Utusan Demimu Palestin iaitu sebagai wadah menyatakan rasa simpati terhadap nasib rakyat Palestin selain manifestasi mengutuk tindakan kejam rejim Zionis.

Penganjuran majlis itu mendapat kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Luar.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang turut hadir, mendeklamasikan puisi bertajuk Untukmu Palestin, nukilan isterinya, Datin Seri Shuryani Shuaib.

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang tidak dapat hadir kerana urusan rasmi di luar negara, menyampaikan salam sambil menyatakan sokongan terhadap usaha Kumpulan Utusan itu.

Tidak ketinggalan mendeklamasikan puisi ialah Jihad Abu Ghoush iaitu anak Duta Palestin, Abdelaziz Abu Ghoush yang hadir bersama isterinya, Iman Abu Ghoush.

Pada majlis itu, 21 penyair mendeklamasikan puisi termasuk Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang menyampaikan dua buah puisi ciptaannya pada majlis tersebut.

Samad dalam gayanya tersendiri menyampaikan puisi nukilannya sendiri bertajuk Anak-Anak Palestina dan Bendera Tengkorak.

Majlis yang berlangsung hampir tiga jam itu turut dihadiri Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Dr. Muzahet Masruri; Setiausaha Bahagian Kementerian Luar, Datuk Mohamad Kamal Yan Yahaya dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali.

Hadir sama Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Aziz Ishak, Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamad Johari Shaarani dan Pengurus Negara Islamic Relief Malaysia (IRM), Zawahir Abdullah.

Tetamu kehormat lain ialah bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin dan beberapa kerabat diraja.

Penggiat-penggiat sastera tersohor tanah air yang turut menjayakan Malam Puisi Demimu Palestin ialah Dr. Lim Swee Tin, Zaen Kasturi, Shukri Abdullah, Puzi Hadi dan Rahimidin Zahari.

Sementara itu, beberapa selebriti tanah air juga tidak ketinggalan mendeklamasikan puisi.

Antaranya, Aznil Nawawi yang turut bertindak sebagai pengacara; Zubir Ali menerusi kumpulannya, Trio Harmoni, penerbit filem, Datuk Yusof Haslam bersama anaknya Shamsul, David Teo, kumpulan Meet Uncle Hussain, Engku Emran, Fouziah Ghous, kumpulan Kopratasa, Sohaimi Meor Hassan dan M. Nasir.

Selain penganjuran Malam Puisi Demimu Palestin, Kumpulan Utusan turut menubuhkan tabung Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) dengan kerjasama IRM.

Dalam pada itu, Mohamed Hashim dalam ucapannya berkata, penganjuran Malam Puisi Demimu Palestin ini merupakan satu usaha menyediakan platform kepada rakyat Malaysia untuk menghayati kesedihan dan kesusahan rakyat Palestin.

“Apa yang penting ialah matlamat menyemai perasaan simpati kepada rakyat Palestin tercapai selain menunjukkan perasaan benci kita terhadap kekejaman yang dilakukan Israel.

“Tabung Dakap pula ternyata mendapat sambutan apabila sehingga kini berjaya mengutip lebih RM500,000,” katanya.

Wednesday, January 21, 2009

Petikan dari Kosmo! Online

HIBURAN

Semangat juang Bingkas Kebayan


SEMANGAT MEMBARA. Terpanggil untuk membela keamanan, kanak-kanak anggota Bingkas Kebayan bangkit menentang kekejaman Israel di bumi Palestin menerusi daya lakonan teater lakonan mereka, Anak-anak Bumi Anbia.


MENDENGAR bait-bait puisi berjudul Putera Puteri Bumi Anbia itu, maksudnya begitu mendalam untuk difahami bagi seorang kanak-kanak.

Namun, bagi kumpulan teater Bingkas Kebayan yang majoritinya dianggotai kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 10 tahun, pemahaman mereka tentang puisi itu begitu mendalam.

Malah, mereka sendiri telah mencipta lagu yang bakal mewarnakan lagi teater lakonan mereka itu.

Lagu berjudul, Menyerah Pada Allah itu terhasil setelah mereka menghayati puisi yang ditulis oleh pengarah teater itu, Ladin Nuawi, selain terpanggil selepas melihat kekejaman tentera Israel di bumi Palestin.

Tatkala berpeluang menonton klip video perang di Palestin yang menyaksikan ratusan kanak-kanak dan wanita mati dibunuh tanpa belas kasihan oleh tentera Israel, mereka menjadi begitu teruja untuk membantu mangsa-mangsa itu.




Mencurahkan segala semangat juang sebagai pembela keamanan, Bingkas Kebayan berkongsi kesedihan yang menimpa rakan-rakan sebaya mereka di Palestin itu, dengan menghasilkan sebuah teater yang berjudul Anak-Anak Bumi Anbia untuk memberi kesedaran kepada kanak-kanak mahupun remaja di luar tentang kesengsaraan rakyat Palestin.

"Bila menonton video perang di Palestin, saya rasa sedih, marah dan geram. Apa yang saya mampu buat ketika menonton ialah mengucap dua kalimah syahadah untuk mangsa-mangsa perang itu.

"Kemudian kami berdoa beramai-ramai agar kekejaman di sana dapat ditamatkan secepat yang mungkin.

"Dengan teater sebegini, mungkin ia mampu membuka mata kanak-kanak seusia dengan saya tentang perang di luar sana," tutur salah seorang pelakon teater ini, Mohammad Hazeeq Afieff Azman, 7.

Bagi kakak Hazeeq pula, Nuroull Lieyana Afieffah, 17, dia memahami bahawa untuk pergi ke negara yang diselimuti kekejaman itu untuk membantu mangsa-mangsa di sana bukanlah satu perkara mudah.




Harapannya cuma satu. Melalui teater yang akan dipersembahkan pada Malam Demimu Palestin di Laman Santai, Istana Budaya (IB) itu, ia dapat menyedarkan rakyat betapa bertuahnya menjadi seorang rakyat Malaysia.

"Setiap kali menonton video perang di Palestin malah berita-berita di televisyen, saya dah tak sanggup untuk melihat kekejaman itu.

"Melalui teater itu, kami mahu menyedarkan kepada khalayak bahawa kita patut bersyukur tinggal di bumi Malaysia yang harmoni itu.

"Tapi dengan teater itu juga kami mengharapkan lebih sumbangan dapat dikumpulkan agar diberi kepada mangsa-mangsa perang Palestin," ujarnya tegas.

Sementara itu, beritahu Ladin, anggota Bingkas Kebayan begitu teruja untuk melakonkan watak-watak mangsa perang agar dapat disampaikan terus kepada penonton yang menyaksikannya nanti pada 23 Januari ini pada pukul 8 malam.

"Saya dan penerbit teater itu, Siti Nor Rina Nuawi, banyak memberikan informasi mengenai perang di Palestin tak kira sama ada di akhbar mahupun TV.

"Kami mahu mereka mendalami apa yang berlaku di Palestin. Saya harap, dengan pementasan teater itu nanti, ia dapat membantu sedikit sebanyak rakyat Palestin," katanya.




Malam Demimu Palestin anjuran Utusan Melayu (M) berhad itu diadakan sebagai tanda protes atau bantahan kepada Israel yang telah mencabut nyawa hampir seribu rakyat Palestin.

Sunday, January 4, 2009

Salam Tahun Baru 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009.

Moga-moga setiap azam yang dicita tercapai pada tahun ini.




PENGUMUMAN!!!

Bengkel Teater Kanak-kanak Bingkas Kebayan 2009

10, 11 & 17 Januari 2009, 2ptg

@

No.1, Jalan Pandan Indah 5/8, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur (bersebelahan Menara MPAJ, Pandan Indah)

Bengkel merangkumi lakonan, lagu, muzik, puisi warisan, boneka & busana. Terbuka untuk kanak-kanak prasekolah, remaja, lepasan sekolah/IPT & keluarga.

Percuma untuk OKU & pendidik.

Hanya dikenakan yuran pendaftaran RM50 sahaja.

Hubungi 018-2240253/ 012-3721453.