Information regarding Bingkas Kebayan (bilingual) Tel: +6012 372 1453. Email: bingkas_kebayan@yahoo.com; ladinuawi@yahoo.com.my; siti_norrina@yahoo.com
Monday, May 18, 2009
Aktiviti terkini: Persembahan Boneka di Zoo Negara!!!
Oh ya! Bagi yang ingin mendapatkan album terbaru Bingkas Kebayan, Gembira Sekali yang telah dilancarkan 25 April lalu bolehlah membuat tempahan menerusi bingkas_kebayan@yahoo.com, Pak Ladin (012-3721453, ladinuawi@yahoo.com.my) atau Cik Na (012-2293562, siti_norrina@yahoo.com). Nyatakan Nama & Alamat, Emel (jika ada), Bilangan yang dikehendaki & No. untuk dihubungi. Maklumat tentang album boleh dilayari di Video Bingkas Kebayan.
Ok. Hingga di sini saja. Foto-foto latihan akan menyusul kemudian. daa~
Sunday, April 19, 2009
Saturday, April 11, 2009
Tuesday, March 31, 2009
PROMO! Album lagu karaoke "Gembira Sekali"

PELANCARAN ALBUM KARAOKE KANAK-KANAK “GEMBIRA SEKALI” BINGKAS KEBAYAN
Persatuan Anjung Seni Bingkas Kebayan, Malaysia (Bingkas Kebayan) akan melancarkan album karaoke kanak-kanak bertajuk “Gembira Sekali” pada 25 April 2009, jam 3.00-5.00 petang, di Pentas Ruang Legar, Sempena Pesta Buku Antarabangsa Malaysia, 18-26 April, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.
Pelancaran Gembira Sekali akan disempurnakan oleh Puan Mek Yam bt Jusoh, Presiden Srikandi Tun Fatimah (Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru).
Pada pelancaran itu Kanak-kanak Bingkas Kebayan akan mempersembahkan kesemua 9 buah lagu dan 1 puisi yang terdapat di dalam Gembira Sekali. Antara penyumbang puisi dan lagu untuk album ini ialah Datuk Dr. A. Samad Said, Az A. Samad Said, Rahimidin Zahari, Ladin Nuawi, Zack Rio, Bakar Othman dan Tengku Muhammad Tengku Muda.
Di samping itu diadakan demostrasi nyanyi dan gerak yang mudah dan berkesan berdasarkan lagu Allah Maha Esa, Rumah Allah, Tepuk Suka-suka dan Gembira Sekali. Pengunjung akan dijemput untuk menyertai demonstrasi ini.
Sepanjang persembahan itu Ibu Ita dan Makwe, jurulatih busana, tatarias dan prop Bingkas Kebayan akan mengadakan bengkel membuat boneka daripada bahan-bahan terbuang.
Lagu-lagu yang terdapat di dalam Gembira Sekali bertemakan agama, alam sekitar, kasih sayang dan perpaduan. Dipersembahkan secara ceria dengan puisi indah dan mudah dihayati. Sesuai dijadikan alat bantu mengajar, ‘main kata’, mengadakan pementasan di semua tempat, senamam/pergerakan, hiburan keluarga dan cenderamata oleh guru, pelajar, pembantu masyarakat, petugas dan keluarga. Ianya amat berguna untuk membantu kanak-kanak yang bermasalah membuat pergerakan, menggunakan bahasa dan berpuisi.
Bingkas Kebayan merupakan NGO yang bergiat aktif untuk pembangunan kanak-kanak melalui kesenian teater dan puisi sejak tahun 1999. Bingkas Kebayan juga telah mementaskan 9 buah teater kanak-kanak dan berbelas-belas sketsa puisi.
Untuk makluman lanjut sila hubungi Ladin Nuawi (0123721453) dan puan Siti Nor Rina (0122293562) atau layari laman web www.bingkaskebayanmalaysia.com.
Tuesday, March 10, 2009
Petikan dari Harian Metro, Selasa 10 Mac 2009
myMetro » Rap Selami keperitan GazaOleh Muhd Izawan Baharinizawan@hmetro.com.my
Manakan tidak, penduduk Palestin yang hidup serba kekurangan diganyang, dibunuh dan diledakkan dengan bom tanpa henti sedangkan negara berkuasa besar dunia hanya sekadar melihat. |
Friday, March 6, 2009
Bingkas Kebayan dan Malam Anugerah MTKL (1) 2009
Persiapan-persiapan yang dibuat sempena dan pada hari tersebut.
Thursday, January 29, 2009
PUTERA-PUTERI BUMI ANBIA
PUTERA-PUTERI BUMI ANBIA
Ladin Nuawi
Di sini tiada derita
Ini bumi anbia
Tempat lahir para nabi
Jejak-jejak nabi masih di sini
Janji yang satu tetap di sini
Dia tidak pernah mungkiri janji
Musuh boleh runtuhkan rumah kami;
bukan kiblat kaabah kami.
Mereka boleh sekat suara kami;
bukan suara doa kami.
Mereka boleh paksa jutaan janji;
Bukan janji jihad kami.
Mereka boleh bunuh saudara kami;
Satu mati, ratusan Siti Aisyah akan terus lahir
Sepuluh mati, ribuan Bilal akan terus lahir.
Seratus mati, jutaan kami akan terus lahir
Di sini tiada derita
Ini bumi anbia.
Inilah lagu kami:
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
………..
KEPADA ALLAH
Ladin Nuawi
Lagu: Bingkas Kebayan
Pantang sekali menyerah kalah
Hanya menyerah kepada Allah
Pantang sekali menjadi hamba
Hanya hamba kepada Allah.





