Information regarding Bingkas Kebayan (bilingual) Tel: +6012 372 1453. Email: bingkas_kebayan@yahoo.com; ladinuawi@yahoo.com.my; siti_norrina@yahoo.com
Wednesday, May 21, 2008
Pementasan MAHKOTA BUANA 8 - 13 Jun 08 ditangguhkan
Dengan rasa dukacita dimaklumkan pementasan teater kanak-kanak Mahkota Buana yang dijadualkan pada 8 - 13 Jun 2008 akan ditangguhkan. InsyaAllah permentasan ini akan diteruskan pada tarikh yang lain. Anak-anak Bingkas Kebayan sudah pun menjalankan latihan sejak bulan Januari. Bermula minggu hadapan anak2 akan menjalankan latihan intensif selama 2 minggu sehingga akhir cuti sekolah di Pandan Indah.
Terima kasih kepada Srikandi yang telah menyokong membeli tiket untuk diri sendiri atau untuk anak2 yatim. Terima kasih kepada Kak Nong, Mariamah dan Wardah yang sudi untuk datang. Kak Minot, terima kasih kerana telah bersusah payah mengumpul batch 71 untuk Mahkota Buana. Juga t.k. pada Anis dan Siti.
For info persiapan untuk pementasan hampir selesai.
Kalau tidak ada aral melintang, pada 10 Jun album lagu "Mahkota Buana" akan dilancarkan. Anak2 telah masuk studio rakaman.
Diharap kita akan dapat berjumpa di tarikh yang lain dalam panggung ..... MAHKOTA BUANA
Siti Nor Rina Nuawi
Penerbit Mahkota Buana
Wednesday, May 14, 2008
Aktiviti terkini
The rehearsals have already begun since we've finished the MPAJ's Maulud project last March. At the moment the kids are... well, rehearsing. A few of them have gone into recording music guides for the musical at Quantize Studio, Pandan Indah.
Definitely, after each production, the production team "suffers" post-production phase - returning lent costumes and props, reviewing the overall expenses and performance, and YES... cleaning up the studio-cum-clubhouse. The clubhouse will definitely be in total messed up condition. But that's the beauty of a production. (eh?!)
Sekarang ni tenaga kreatif Bingkas Kebayan semuanya sedang giat berkarya demi mementaskan teater kanak-kanak ke-10, Mahkota Buana. Jadi Adminpun tak dapat nak berceloteh banyak-banyak dalam blog kali ini sebab... Adminpun turut terlibat dalam menghasilkan karya untuk teater ini.
Apa-apapun, harap semua dapat bersabar ya..!
Oh ya! Sebelum Admin terlupa, video dan foto-foto berkenaan majlis Maulidurrasul Mac lalu masih dalam pembikinan. Jika siap, Insya Allah Admin akan uploadkan ke web ini.
Sekian dan selamat berjuang!
Friday, April 11, 2008
Bingkas Kebayan & persiapan Pesta Buku Malaysia 2008
Tuesday, March 18, 2008
Pertukaran masa persembahan Maulidurrasul 22 Mac 2008
Thursday, March 13, 2008
Al-Fatihah
Takziah kepada keluarga arwah Rahime Harun. Moga-moga rohnya dicucuri rahmat dan tenang bersemadi di sana. Amiin.
Friday, February 22, 2008
Lagu-lagu untuk latihan sempena Maulidur Rasul 22 Mac 2008
Salam sejahtera & Selamat Tahun Baru 2008!
Baru-baru ni, pada 9-10 Februari lalu kamipun menerima kemasukan baru ahli-ahli persatuan. Boleh dikatakan ramai jugalah wajah-wajah baru dalam Bingkas Kebayan. kami merekrut ahli-ahli baru Bingkas Kebayan bertempat di Ruang Galeri Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Rasanya rezeki tahun barulah sebab tahun ini Bingkas Kebayan bekerjasama, malah menjadi anak angkat MPAJ. Maka, sebagai pembuka tirai tahun baru Bingkas Kebayanpun akan mengadakan Majlis sambutan Maulidur Rasul pada 22 Mac ini bertempat di Auditorium MPAJ, jam 3:00 petang. Insya Allah majlis ini diharapkan berjalan lancar & berjaya hendaknya.
Ok! Buat adik-adik yang giat berlatih lagu-lagu yang akan dipersembahkan dalam majlis tersebut, Admin cuba masukkan video/lagu ke web ini untuk rujukan adik-adik. Selamat berlatih!Jumpa Lagi!

