Wednesday, May 21, 2008

Pementasan MAHKOTA BUANA 8 - 13 Jun 08 ditangguhkan

Salam semua,
Dengan rasa dukacita dimaklumkan pementasan teater kanak-kanak Mahkota Buana yang dijadualkan pada 8 - 13 Jun 2008 akan ditangguhkan. InsyaAllah permentasan ini akan diteruskan pada tarikh yang lain. Anak-anak Bingkas Kebayan sudah pun menjalankan latihan sejak bulan Januari. Bermula minggu hadapan anak2 akan menjalankan latihan intensif selama 2 minggu sehingga akhir cuti sekolah di Pandan Indah.
Terima kasih kepada Srikandi yang telah menyokong membeli tiket untuk diri sendiri atau untuk anak2 yatim. Terima kasih kepada Kak Nong, Mariamah dan Wardah yang sudi untuk datang. Kak Minot, terima kasih kerana telah bersusah payah mengumpul batch 71 untuk Mahkota Buana. Juga t.k. pada Anis dan Siti.
For info persiapan untuk pementasan hampir selesai.
Kalau tidak ada aral melintang, pada 10 Jun album lagu "Mahkota Buana" akan dilancarkan. Anak2 telah masuk studio rakaman.
Diharap kita akan dapat berjumpa di tarikh yang lain dalam panggung ..... MAHKOTA BUANA

Siti Nor Rina Nuawi
Penerbit Mahkota Buana

Wednesday, May 14, 2008

Aktiviti terkini

Bingkas Kebayan rehearses for its 1st musical, Mahkota Buana
The rehearsals have already begun since we've finished the MPAJ's Maulud project last March. At the moment the kids are... well, rehearsing. A few of them have gone into recording music guides for the musical at Quantize Studio, Pandan Indah.

Definitely, after each production, the production team "suffers" post-production phase - returning lent costumes and props, reviewing the overall expenses and performance, and YES... cleaning up the studio-cum-clubhouse. The clubhouse will definitely be in total messed up condition. But that's the beauty of a production. (eh?!)

Sekarang ni tenaga kreatif Bingkas Kebayan semuanya sedang giat berkarya demi mementaskan teater kanak-kanak ke-10, Mahkota Buana. Jadi Adminpun tak dapat nak berceloteh banyak-banyak dalam blog kali ini sebab... Adminpun turut terlibat dalam menghasilkan karya untuk teater ini.

Apa-apapun, harap semua dapat bersabar ya..!

Oh ya! Sebelum Admin terlupa, video dan foto-foto berkenaan majlis Maulidurrasul Mac lalu masih dalam pembikinan. Jika siap, Insya Allah Admin akan uploadkan ke web ini.

Sekian dan selamat berjuang!

Friday, April 11, 2008

Bingkas Kebayan & persiapan Pesta Buku Malaysia 2008

Kali ni Admin tak nak cerita banyak-banyak, cuma nak upload foto-foto ni ke web ni aje. Buat pengetahuan semua, foto-foto ni diambil sempena persetujuan pihak Unit Multimedia DBP melantik Bingkas Kebayan mereka maskot mereka untuk Pesta Buku 2008 ni yang sedangpun berlangsung di PWTC dari 4-13 April ini. Jom beramai-ramai jadi ulat buku!

14 April 2008
Alhamdulillah. Segala urusan sempena Pesta Buku Malaysia berakhir dengan baik. Admin sekarang cuma tunggu foto-foto dari adik-adik pemakai maskot yang bertugas tempohari. Mestila nak muatkan dalam web ni!
Oh!
Terlupa pulak. Web tu perkataan Bahasa Inggeris. Kalau nak tahu perkataan Bahasa Melayu/Malaysia (Admin: Mana satu nak guna pakai ni?)... jawapannya adalah SESAWANG!
YA... Selamat berkenalan dengan istilah pengkomputeran baru!

Tuesday, March 18, 2008

Pertukaran masa persembahan Maulidurrasul 22 Mac 2008

perhatian!
waktu persembahan telah ditukar!!!
Maulidurrasul MPAJ-Bingkas Kebayan "Rasulullah Cinta Kita"
22 Mac 2008 @ 830mlm
Auditorium MPAJ, Pandan Indah
sekian, harap maklum.

Thursday, March 13, 2008

Al-Fatihah

Innalillah wa innalillah hi raji'un...
Takziah kepada keluarga arwah Rahime Harun. Moga-moga rohnya dicucuri rahmat dan tenang bersemadi di sana. Amiin.

Friday, February 22, 2008

Lagu-lagu untuk latihan sempena Maulidur Rasul 22 Mac 2008

Salam sejahtera & Selamat Tahun Baru 2008!

Maaflah lambat sangat update website ni sampai Penerbit & Pengarah tertanya-tanya apa yang telah terjadi kepada Admin. Dah masuk minggu ke-3 bulan dua ni barula Admin dapat update web ini, al-maklumlah Admin ni kan 'anak sekolah' juga.

Baru-baru ni, pada 9-10 Februari lalu kamipun menerima kemasukan baru ahli-ahli persatuan. Boleh dikatakan ramai jugalah wajah-wajah baru dalam Bingkas Kebayan. kami merekrut ahli-ahli baru Bingkas Kebayan bertempat di Ruang Galeri Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Rasanya rezeki tahun barulah sebab tahun ini Bingkas Kebayan bekerjasama, malah menjadi anak angkat MPAJ. Maka, sebagai pembuka tirai tahun baru Bingkas Kebayanpun akan mengadakan Majlis sambutan Maulidur Rasul pada 22 Mac ini bertempat di Auditorium MPAJ, jam 3:00 petang. Insya Allah majlis ini diharapkan berjalan lancar & berjaya hendaknya.

Ok! Buat adik-adik yang giat berlatih lagu-lagu yang akan dipersembahkan dalam majlis tersebut, Admin cuba masukkan video/lagu ke web ini untuk rujukan adik-adik. Selamat berlatih!















Untuk lagu-lagu lain, Insya-Allah Admin akan usahakan platform lain untuk masukkan lagu ke dalam blog ni. Sesiapa yang ada idea tentang platform lagu yang sesuai pun boleh maklumkan/post comment ke blog ini.

Jumpa Lagi!


Wednesday, November 14, 2007

Sampel risalah "Kain Bendera Kain"/"Kain Bendera Kain" sample flyer

YAAAAY~~! akhirnya...

berjaya gak load imej ni ke website... 
fuhh~ lega...

bahagian depan/front

bahagian belakang/back