Wednesday, January 21, 2009

Petikan dari Kosmo! Online

HIBURAN

Semangat juang Bingkas Kebayan


SEMANGAT MEMBARA. Terpanggil untuk membela keamanan, kanak-kanak anggota Bingkas Kebayan bangkit menentang kekejaman Israel di bumi Palestin menerusi daya lakonan teater lakonan mereka, Anak-anak Bumi Anbia.


MENDENGAR bait-bait puisi berjudul Putera Puteri Bumi Anbia itu, maksudnya begitu mendalam untuk difahami bagi seorang kanak-kanak.

Namun, bagi kumpulan teater Bingkas Kebayan yang majoritinya dianggotai kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 10 tahun, pemahaman mereka tentang puisi itu begitu mendalam.

Malah, mereka sendiri telah mencipta lagu yang bakal mewarnakan lagi teater lakonan mereka itu.

Lagu berjudul, Menyerah Pada Allah itu terhasil setelah mereka menghayati puisi yang ditulis oleh pengarah teater itu, Ladin Nuawi, selain terpanggil selepas melihat kekejaman tentera Israel di bumi Palestin.

Tatkala berpeluang menonton klip video perang di Palestin yang menyaksikan ratusan kanak-kanak dan wanita mati dibunuh tanpa belas kasihan oleh tentera Israel, mereka menjadi begitu teruja untuk membantu mangsa-mangsa itu.




Mencurahkan segala semangat juang sebagai pembela keamanan, Bingkas Kebayan berkongsi kesedihan yang menimpa rakan-rakan sebaya mereka di Palestin itu, dengan menghasilkan sebuah teater yang berjudul Anak-Anak Bumi Anbia untuk memberi kesedaran kepada kanak-kanak mahupun remaja di luar tentang kesengsaraan rakyat Palestin.

"Bila menonton video perang di Palestin, saya rasa sedih, marah dan geram. Apa yang saya mampu buat ketika menonton ialah mengucap dua kalimah syahadah untuk mangsa-mangsa perang itu.

"Kemudian kami berdoa beramai-ramai agar kekejaman di sana dapat ditamatkan secepat yang mungkin.

"Dengan teater sebegini, mungkin ia mampu membuka mata kanak-kanak seusia dengan saya tentang perang di luar sana," tutur salah seorang pelakon teater ini, Mohammad Hazeeq Afieff Azman, 7.

Bagi kakak Hazeeq pula, Nuroull Lieyana Afieffah, 17, dia memahami bahawa untuk pergi ke negara yang diselimuti kekejaman itu untuk membantu mangsa-mangsa di sana bukanlah satu perkara mudah.




Harapannya cuma satu. Melalui teater yang akan dipersembahkan pada Malam Demimu Palestin di Laman Santai, Istana Budaya (IB) itu, ia dapat menyedarkan rakyat betapa bertuahnya menjadi seorang rakyat Malaysia.

"Setiap kali menonton video perang di Palestin malah berita-berita di televisyen, saya dah tak sanggup untuk melihat kekejaman itu.

"Melalui teater itu, kami mahu menyedarkan kepada khalayak bahawa kita patut bersyukur tinggal di bumi Malaysia yang harmoni itu.

"Tapi dengan teater itu juga kami mengharapkan lebih sumbangan dapat dikumpulkan agar diberi kepada mangsa-mangsa perang Palestin," ujarnya tegas.

Sementara itu, beritahu Ladin, anggota Bingkas Kebayan begitu teruja untuk melakonkan watak-watak mangsa perang agar dapat disampaikan terus kepada penonton yang menyaksikannya nanti pada 23 Januari ini pada pukul 8 malam.

"Saya dan penerbit teater itu, Siti Nor Rina Nuawi, banyak memberikan informasi mengenai perang di Palestin tak kira sama ada di akhbar mahupun TV.

"Kami mahu mereka mendalami apa yang berlaku di Palestin. Saya harap, dengan pementasan teater itu nanti, ia dapat membantu sedikit sebanyak rakyat Palestin," katanya.




Malam Demimu Palestin anjuran Utusan Melayu (M) berhad itu diadakan sebagai tanda protes atau bantahan kepada Israel yang telah mencabut nyawa hampir seribu rakyat Palestin.

Sunday, January 4, 2009

Salam Tahun Baru 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009.

Moga-moga setiap azam yang dicita tercapai pada tahun ini.




PENGUMUMAN!!!

Bengkel Teater Kanak-kanak Bingkas Kebayan 2009

10, 11 & 17 Januari 2009, 2ptg

@

No.1, Jalan Pandan Indah 5/8, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur (bersebelahan Menara MPAJ, Pandan Indah)

Bengkel merangkumi lakonan, lagu, muzik, puisi warisan, boneka & busana. Terbuka untuk kanak-kanak prasekolah, remaja, lepasan sekolah/IPT & keluarga.

Percuma untuk OKU & pendidik.

Hanya dikenakan yuran pendaftaran RM50 sahaja.

Hubungi 018-2240253/ 012-3721453.






Friday, December 19, 2008

Aktiviti terkini: Persembahan pada 27 Disember 2008

Salam semua!!!

Masih lagi dalam mood cuti sekolah lagi namun adik-adik di Bingkas Kebayan kini giat menjalankan latihan untuk promosi album lagu-lagu puisi kanak-kanak Bingkas Kebayan, Rebung Puisi 2: Gembira Sekali yang telahpun menjalani proses sesi penggambaran dan kini dalam proses suntingan.

Oh, di mana agaknya promosi akan berlangsung ye?

Majlis baca puisi "Puisi Kebangkitan"
27 Disember 2008, 2-5 petang
@
*Taman Budaya Kuala Lumpur (bersebelahan Balai Polis Trafik Jln Bandar),
Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Wilayah Persekutuan, Taman Budaya Kuala Lumpur, Jalan Tun H.S Lee, 50000 KUALA LUMPUR
Tel : 03-2164 8343 (DL) / 03-2164 3933 Fax : 03-2164 8335

*Juga boleh hubungi En. Bahar Mat Akir/Pn. Norwaty Mat (penganjur program "Puisi Kebangkitan") 013-3405299 berkaitan lokasi persembahan.


Datang, jangan tak datang! Bersama-samalah kita memeriahkan majlis!

Tuesday, December 9, 2008

Penggambaran "Rebung Puisi 2: Gembira Sekali"

Posted by Picasa

  

Alhamdulillah! Penggambaran klip video "Rebung Puisi 2: Gembira Sekali" telahpun selamat dilaksanakan. Kini proses mengedit dan mereka packaging album tersebut sedang dijalankan. Kita tunggu album sulung Bingkas Kebayan ini di pasaran nanti, Insya Allah!!!

Monday, December 1, 2008

Penggambaran Album "Rebung Puisi 2: Gembira Sekali"

stand by...

camera rolling...


and~


ACTION!!!



Semua tenaga produksi Bingkas Kebayan kini sibuk dengan penggambaran klip video album lagu-lagu puisi kanak-kanak "Rebung Puisi 2: Gembira Sekali". Penggambaran telahpun bermula sejak 29 November lalu dan akan berterusan sehingga 5 atau 6 Disember ini.

Laman ini akan dikemaskini sesudah penggambaran selesai.

Tuesday, November 11, 2008

Aktiviti terkini: Koleksi lukisan "Saya dan Adik-adik Bingkas Kebayan 2008/2009"

Beberapa orang adik-adik Bingkas Kebayan telah menghasilkan karya seni mereka semasa berada di rumah latihan di Pandan Indah baru-baru ini. Berikut adalah sebahagian (dan akan menyusul lagi!) karya-karya yang disiarkan di sini:




Posted by Picasa