Information regarding Bingkas Kebayan (bilingual) Tel: +6012 372 1453. Email: bingkas_kebayan@yahoo.com; ladinuawi@yahoo.com.my; siti_norrina@yahoo.com
Tuesday, March 18, 2008
Pertukaran masa persembahan Maulidurrasul 22 Mac 2008
Thursday, March 13, 2008
Al-Fatihah
Takziah kepada keluarga arwah Rahime Harun. Moga-moga rohnya dicucuri rahmat dan tenang bersemadi di sana. Amiin.
Friday, February 22, 2008
Lagu-lagu untuk latihan sempena Maulidur Rasul 22 Mac 2008
Salam sejahtera & Selamat Tahun Baru 2008!
Baru-baru ni, pada 9-10 Februari lalu kamipun menerima kemasukan baru ahli-ahli persatuan. Boleh dikatakan ramai jugalah wajah-wajah baru dalam Bingkas Kebayan. kami merekrut ahli-ahli baru Bingkas Kebayan bertempat di Ruang Galeri Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Rasanya rezeki tahun barulah sebab tahun ini Bingkas Kebayan bekerjasama, malah menjadi anak angkat MPAJ. Maka, sebagai pembuka tirai tahun baru Bingkas Kebayanpun akan mengadakan Majlis sambutan Maulidur Rasul pada 22 Mac ini bertempat di Auditorium MPAJ, jam 3:00 petang. Insya Allah majlis ini diharapkan berjalan lancar & berjaya hendaknya.
Ok! Buat adik-adik yang giat berlatih lagu-lagu yang akan dipersembahkan dalam majlis tersebut, Admin cuba masukkan video/lagu ke web ini untuk rujukan adik-adik. Selamat berlatih!Jumpa Lagi!
Wednesday, November 14, 2007
Sampel risalah "Kain Bendera Kain"/"Kain Bendera Kain" sample flyer
Thursday, November 1, 2007
Siaran pendek "Kain Bendera Kain"/"Kain Bendera Kain" Short press kit
Maruah Bendera Negara, Wanita, Alam
Bukan Bahan Sendaan
Anda menemui baju dan sarung wanita hanyut di sungai. Sepadanya anda menemui perhiasan purba. Apa tindakan jika anda memainkan watak PEMANCING?
Anda tidak pernah mencuri atau mengambil barang orang tanpa izin. Tiba-tiba sahabat anda kecelakaan di sungai. Yang paling pantas untuk membantunya hanya ada tiang bendera orang. Apa tindakan jika anda PENGAIL?
Anda ingin hidup berkat tanpa termakan sumpah orang. Tiba-tiba kambing anda terlepas dan pada bila-bila masa akan menjajahi kebun orang. Yang paling pantas untuk menyelamatkan keadaan hanya ada tali tiang bendera orang. Apa tindakan jika anda DESAWAN?
Bendera negara adalah maruah negara dan ibarat nyawa anda. Setiap pagi anda setia menaikkannya. Tiba-tiba ada wanita menyorok dalam semak memerlukan kain untuk menutup maruahnya dan merayu pertolongan anda. Anda hanya ada bendera kain sahaja. Apa tindakan jika anda LELAKI?
Selubung adalah maruah anda di kepala. Adakah anda sedia membalut luka kaki lelaki jika anda WANITA?
Adakah sanggup maruah bendera, wanita dan alam di kaki anda?
Inilah kisah negarawan kecil melalui pementasan Teater Kanak-Kanak dan Teater Remaja, karya ke-8 dan arahan ke-9 Ladin Nuawi, bertajuk “Kain Bendera Kain” pada 13-16 Disember 2007 di Auditorium Taman Budaya Kuala Lumpur, Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur. Teater ini mendapat kerjasama Srikandi Tun Fatimah dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan WP Kuala Lumpur.
Teater semi muzikal 90 minit ini bertemakan kenegaraan. Melibatkan 30 orang pelakon kanak-kanak dan remaja berusia antara 4 hingga 17 tahun dan 30 orang pasukan kerja. Pada naskhah yang sama akan diadakan dua pementasan: (1) lakonan kanak-kanak, 3.30-5.00 petang, di bawah arahan Ladin Nuawi dan (2) lakonan remaja, 8.30-10.00 malam, di bawah arahan Zukri Jantan. 8 orang negarawan dijemput khas untuk membaca sebuah puisi mereka dalam pementasan ini.
Tiket RM: Kanak-kanak/Pelajar (7.00), Dewasa (12.00), Pakej Bahagia, 2 dewasa dan 3 kanak-kanak (38.00), Pakej 10 Kanak-kanak/Pelajar (50.00), Pakej 10 Dewasa (100.00), dan Pakej Satu Pementasan Amal (3,000.00). Pakej Pengarah: rombongan taska, tadika, sekolah, PIBG, IPT, pertubuhan dan rumah kebajikan. Pakej Penerbit: masuk percuma khas untuk bayi menyusu, Warga Emas 65 tahun ke atas dan O.K.U..
Monday, October 29, 2007
Iklan"Kain Bendera Kain"/"Kain Bendera Kain" Promo
Maruah Bendera Negara, Wanita, Alam Bukan Di Kaki
Bingkas Kebayan akan mementaskan Teater Kanak-Kanak dan Teater Remaja, karya ke-8 dan arahan ke-9 Ladin Nuawi, bertajuk "Kain Bendera Kain" pada 13-16 Disember 2007 di Auditorium Taman Budaya Kuala Lumpur, Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur.
Teater semi muzikal 90 minit ini melibatkan 30 orang pelakon kanak-kanak dan remaja berusia antara 4 hingga 17 tahun dan 30 orang pasukan kerja. Pada naskhah yang sama akan diadakan dua pementasan: (1) lakonan kanak-kanak, 3.30-5.00 petang, arahan Ladin Nuawi dan (2) lakonan remaja, 8.30-10.00 malam, arahan Zukri Jantan.
Tiket: Kanak-kanak/Pelajar (RM7.00), Dewasa (RM12.00), Pakej Bahagia, 2 dewasa dan 3 kanak-kanak (RM38.00), Pakej 10 Kanak-kanak/Pelajar (RM50.00), Pakej 10 Dewasa (RM100.00), dan Pakej Satu Pementasan Amal (RM3,000.00). Pakej Pengarah: rombongan taska, tadika, sekolah, PIBG, IPT, pertubuhan dan rumah kebajikan. Pakej Penerbit: masuk percuma khas untuk bayi menyusu, Warga Emas 65 tahun ke atas dan O.K.U..
Sebarang pertanyaan sila hubungi: Baya 019 3357957, Yani 013 3999568 dan
Ladin Nuawi 012 3721453.

