TEATER KANAK-KANAK DAN REMAJA KAIN BENDERA KAIN
Maruah Bendera Negara, Wanita, Alam Bukan Di Kaki
Bingkas Kebayan akan mementaskan Teater Kanak-Kanak dan Teater Remaja, karya ke-8 dan arahan ke-9 Ladin Nuawi, bertajuk "Kain Bendera Kain" pada 13-16 Disember 2007 di Auditorium Taman Budaya Kuala Lumpur, Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur.

Teater semi muzikal 90 minit ini melibatkan 30 orang pelakon kanak-kanak dan remaja berusia antara 4 hingga 17 tahun dan 30 orang pasukan kerja. Pada naskhah yang sama akan diadakan dua pementasan: (1) lakonan kanak-kanak, 3.30-5.00 petang, arahan Ladin Nuawi dan (2) lakonan remaja, 8.30-10.00 malam, arahan Zukri Jantan.
8 orang negarawan dijemput khas untuk membaca sebuah puisi mereka dalam pementasan ini.
Tiket: Kanak-kanak/Pelajar (RM7.00), Dewasa (RM12.00), Pakej Bahagia, 2 dewasa dan 3 kanak-kanak (RM38.00), Pakej 10 Kanak-kanak/Pelajar (RM50.00), Pakej 10 Dewasa (RM100.00), dan Pakej Satu Pementasan Amal (RM3,000.00). Pakej Pengarah: rombongan taska, tadika, sekolah, PIBG, IPT, pertubuhan dan rumah kebajikan. Pakej Penerbit: masuk percuma khas untuk bayi menyusu, Warga Emas 65 tahun ke atas dan O.K.U..
Sebarang pertanyaan sila hubungi: Baya 019 3357957, Yani 013 3999568 dan
Ladin Nuawi 012 3721453.
No comments:
Post a Comment