Masih lagi dalam mood cuti sekolah lagi namun adik-adik di Bingkas Kebayan kini giat menjalankan latihan untuk promosi album lagu-lagu puisi kanak-kanak Bingkas Kebayan, Rebung Puisi 2: Gembira Sekali yang telahpun menjalani proses sesi penggambaran dan kini dalam proses suntingan.
Oh, di mana agaknya promosi akan berlangsung ye?
Majlis baca puisi "Puisi Kebangkitan"
27 Disember 2008, 2-5 petang
@
*Taman Budaya Kuala Lumpur (bersebelahan Balai Polis Trafik Jln Bandar),
Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Wilayah Persekutuan, Taman Budaya Kuala Lumpur, Jalan Tun H.S Lee, 50000 KUALA LUMPUR
Alhamdulillah! Penggambaran klip video "Rebung Puisi 2: Gembira Sekali" telahpun selamat dilaksanakan. Kini proses mengedit dan mereka packaging album tersebut sedang dijalankan. Kita tunggu album sulung Bingkas Kebayan ini di pasaran nanti, Insya Allah!!!
Semua tenaga produksi Bingkas Kebayan kini sibuk dengan penggambaran klip video album lagu-lagu puisi kanak-kanak "Rebung Puisi 2: Gembira Sekali". Penggambaran telahpun bermula sejak 29 November lalu dan akan berterusan sehingga 5 atau 6 Disember ini.
Laman ini akan dikemaskini sesudah penggambaran selesai.
Beberapa orang adik-adik Bingkas Kebayan telah menghasilkan karya seni mereka semasa berada di rumah latihan di Pandan Indah baru-baru ini. Berikut adalah sebahagian (dan akan menyusul lagi!) karya-karya yang disiarkan di sini:
25-30 Oktober ini beberapa orang ahli Bingkas Kebayan menghadiri bengkel solekan dan operator lampu pentas anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Kuala Lumpur (JKKKL). Bengkel ini merupakan kerjasama JKKKL dengan Majlis Teater Kuala Lumpur (MTKL). Kita nantikan khabar mereka nanti!
Macam dapat durian runtuh lagaknya. Mungkin juga sudah rezeki, Bingkas Kebayan baru sahaja ditawarkan Unit Multimedia DBP untuk melaksanakan projek Klip Video Lagu Puisi Kanak-kanak.
Apa kandungan Klip Video Lagu Puisi Kanak-kanak ini?
Bengkel Asas Teater Kanak-kanak, kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) - awal Januari hingga Mac Bengkel ini telah diadakan pada asasnya untuk merekrut ahli-ahli baru Bingkas Kebayan bagi tahun 2008 ini. Walaubagaimanapun, setelah berbincang dengan pihak MPAJ, Bingkas Kebayan (BK) telahpun melaksanakan Bengkel Asas Teater Kanak-kanak Bingkas Kebayan. Hasil daripada bengkel ini, program Rasulullah Cinta Kita telahpun berjaya diadakan.
Baca Puisi Rumah PENA 2008 - selepas Pilihanraya Umum 2008 Suasana bahang selepas pilihanraya tidak menjejaskan BK untuk mebuat persembahan puisi kanak-kanak di Rumah PENA. Antara turut hadir menyampaikan persembahan juga Kumpulan Dikir Barat yang didatangkan khusus dari Kelantan.
Persembahan Maulidur Rasul "Rasulullah Cinta Kita" sempena sambutan Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1429H- 22 Mac Hasil daripada penyertaan para peserta dan ahli-ahli tetap BK, Rasulullah Cinta Kita berjaya dilaksanakan. Antara tetamu jemputan yang hadir: Yang Berbahagia Tan Sri Datin Paduka Seri Hajjah Zaleha Ismail, Penaung Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM), Timbalan Yang Dipertua MPAJ dan lain-lain. #makluman: Para peserta dan ahli BK yang terlibat dalam persembahan Rasulullah Cinta Kita akan menerima sijil penyertaan dan cenderahati (DVD "Rasulullah Cinta Kita"). Cenderahati dan sijil kini dalam proses pembikinan. Harap maaf akan kesulitan yang dihadapi
Penglibatan dalam Pesta Buku Malaysia 2008 - April Seolah-olah bermimpi apabila dapat terlibat dalam Pesta Buku Malaysia 2008 di PWTC. Pada asalnya, Unit Multimedia telah mentenderkan pembikinan maskot Pekaka kepada BK. Namun, berkat doa dan murah rezeki, BK diketengahkan dalam Pesta Buku Malaysia 2008. BK telah terlibat sebagai pemakai maskot rasmi KaryaNet (webTV DBP), juga membantu DBP melancarkan dua produk mereka. Memang memenatkan tapi itulah yang dikatakan rezeki tidak datang bergolek.
Bengkel penghayatan sastera tradisi peringkat sekolah menengah (Nazam, Gurindam, Syair & Seloka) di Perkampungan Seni, Muara Sungai Duyung, Melaka - sekitar Mei BK telah menghantar 4 orang ahlinya untuk mengikuti program anjuran ISMMA-DBP ini. Banyak ilmu yang telah mereka perolehi dan dikongsi bersama-sama ahli lain yang tidak berpeluang mengikuti program tersebut. Mereka telah mempelajari pelbagai jenis lenggok gurindam, nazam, syair dan seloka.
Baca Puisi KALAM - setiap Jumaat minggu ketiga BK juga telah di jemput oleh Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM) untuk mempersembahkan puisi. Antara puisi yang telah BK persembahkan adalah "Ada Dua", "Pahlawan Buana"serta lagu-lagu puisi dari teater-teater BK yang terdahulu.
Bengkel penghayatan Komponen Sastera (KOMSAS) Sekolah Menengah, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rahman Putra (SMKBRP), Bukit Rahman Putra, Sg Buloh - sekitar Jun hingga 26 Ogos Baru-baru ini, Pak Ladin (Ladin Nuawi) kita telah dilantik oleh Pusat Pengembangan Sastera Remaja dan Kanak-kanak (PURNAMA) DBP menjadi tenaga pengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rahman Putra (SMKBRP), Sg Buloh. Bengkel penghayatan yang diadakan ini berlangsung setiap Selasa dan Khamis dari 9:00 pagi-5:00 petang. Dijadualkan bahawa SMKBRP akan mempersembahkan hasil daripada bengkel ini pada 25-26 Ogos ini di Stor Teater DBP. Masa persembahan akan dimaklumkan kemudian.
Persembahan sempena Pesta Buku Selangor, Kompleks PKNS Shah Alam, Selangor - 3 Ogos Berkat kerjasama dengan pihak Majlis Buku Malaysia, BK sekali lagi dipelawa untuk mengadakan persembahan dalam pesta buku mereka yang akan berlangsung di Kompleks PKNS Shah Alam bersempena Pesta Buku Selangor 2008. Ini merupakan kali pertama BK membuat persembahan di khalayak Shah Alam.
1, Jalan 5/8 Pandan Indah, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur
0123721453. 0122293562. 0133999568. 0193357957.
Bingkas Kebayan
Mencintai Kehidupan, Alam Sekitar, Warisan Bangsa
Ilmu, Amal, Iman
Dilahirkan atas kesedaran dan tanggungjawab terhadap pembangunan kanak-kanak dan remaja melalui kesenian sebagai pewaris negara.
Merancang pembangunan kegiatan setiap lima tahun. Pengkhususan di dalam sebarang bentuk seni budaya melalui teater, puisi, muzik, dan bengkel untuk kanak-kanak, remaja, keluarga, dan umum.
Bingkas Kebayan/Ladin Nuawi adalah persatuan/individu yang pertama di dalam Malaysia yang telah mementaskan 9 teater kanak-kanak sejak 1999.
Pementasan Puisi Keliling Amal Kanak-Kanak “Rebung Puisi” 2005 Bingkas Kebayan adalah yang pertama dalam sejarah kesusasteraan Malaysia yang pernah diadakan dalam Malaysia untuk kanak-kanak dan remaja.
KERJA SENI BINGKAS KEBAYAN
PERSEMBAHAN TEATER TEGAR 90 MINIT.
Teater Kanak-Kanak. Teater Remaja. Teater Umum. Teater Puisi
PERSEMBAHAN TEATER KECIL
Sketsa. Boneka. Bercerita
PUISI
Baca. Lakon. Lagu Kanak-Kanak/Remaja/Umum
PENGURUSAN SENI/BENGKEL KESENIAN
Teater. Boneka. Bercerita. Kraf. Sastera. Muzik dll
PENERBITAN
Buku. Naskhah. Multimedia. Video. Animasi. Muzik.
KHIDMAT NASIHAT SENI
MATLAMAT UTAMA (Antaranya)
Melahirkan negarawan di kalangan peserta melalui kesenian.
Menerbitkan setiap hasil karya ahli.
Profesional dalam kesenian kanak-kanak dan remaja.
Berkongsi ilmu dan pengalaman dengan semua pihak untuk pembangunan kanak-kanak dan remaja.
LATIHAN (Antaranya)
Mengadunkan ilmu kesenian dengan kreativiti kanak-kanak, remaja dan keluarga.
Diwajibkan ‘Buka Panggung’ dan ‘Tutup Panggung’ dengan doa dan makan bersama-sama.
Kesemua proses latihan harus berguna untuk siasah diri, bermasyarakat dan membantu teknik pembelajaran di sekolah.
Sebarang pekerjaan dilakukan secara satu keluarga yang bertanggungjawab yang menjurus kepada ‘ilmu, amal dan iman’.
AMALAN PEMENTASAN. (Antaranya)
Masuk percuma: bayi, orang kurang upaya dan warga emas.
Pengumpulan buku-buku sumbangan masyarakat untuk masyarakat.
Pameran lukisan dan kerjatangan kanak-kanak dan remaja.
Bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk tujuan amal.
RANCANGAN LIMA TAHUN KETIGA, 2010-14:
Teater Kanak-Kanak Bingkas Kebayan
Meneruskan program induk: teater, bengkel, muzik, puisi dan buku.
Program Pengarah dan pengurus Muda untuk teater kanak-kanak.
RANCANGAN LIMA TAHUN PERTAMA, 1999-2004:
(Teater Kanak-kanak Bingkas Kebayan, Karya dan Arahan Ladin Nuawi)
1.DURIAN GERGASI, 6-10 Ogos 1999, MTC Kuala Lumpur.
10.(Sketsa) Hadiah Raya Bingkas Kebayan. Hari Raya Puasa 2006. RTM.
2007
1.Pelancaran Klip Video ‘Negaraku Gagah Gemilang’. RTM 1. Live. 1 Januari.
2.Puisi Bulanan Pena. K.Lumpur. 5 Januari 2007.
3.(Sketsa) Kempen Kesedaran Penjimatan Air Kebangsaan. FOMCA. KL. 22 Mac.
4.(Sketsa) Program Penerangan Mengenai makanan Ubahsuai (GM) dan Majlis Pelancaran Pertandingan Kepenggunaan, Sempena hari Pengguna Malaysia 2007. FOMCA. Dewan Serbaguna, KPDN&HEP. Putrajaya. 5 April.
5.(Sketsa) Hari Pengguna Malaysia 2007. KPDN&HEP. Stadium Malawati Shah Alam. 25 Julai.
6.(Teknikal dan Bengkel Puisi) Pertandingan Deklamasi Puisi Kanak-kanak. Galeri Ilmu DBP. 24 Ogos.
7.(Puisi) Hari Kanak-kanak Sedunia 2007. Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. KLCCenter. RTM 1. Live. 10 Nov.
8.(Puisi) Genta Puisi PENA-ASWARA. Rumah PENA. 31 Dis.
2008
1.(Lagu Puisi) Kenduri Puisi, Fakulti Pendidikan UPM. 11 Mac.
2.(Lagu Puisi) Puisi PENA. 14 Mac.
3.(Sketsa dan Puisi). Pelancaran Produk Multimedia DBP; Rebung Puisi ii. Pesta Buku Malaysia, 4-13 April. 9 April untuk Multimedia DBP.
4.(Lagu Puisi) Kumpulan Tetap, Puisi Kuala Lumpur. KALAM. DBP. April-Dis.
5. (Dekon) Peserta jemputan sempena Pesta Buku Selangor, Kompleks PKNS Shah Alam. Majlis
Buku Malaysia. 3 Ogos.