Wednesday, November 14, 2007

Sampel risalah "Kain Bendera Kain"/"Kain Bendera Kain" sample flyer

YAAAAY~~! akhirnya...

berjaya gak load imej ni ke website... 
fuhh~ lega...

bahagian depan/front

bahagian belakang/back







Thursday, November 1, 2007

Siaran pendek "Kain Bendera Kain"/"Kain Bendera Kain" Short press kit

kain Bendera kain
Maruah Bendera Negara, Wanita, Alam
Bukan Bahan Sendaan

Anda menemui baju dan sarung wanita hanyut di sungai. Sepadanya anda menemui perhiasan purba. Apa tindakan jika anda memainkan watak PEMANCING?


Anda tidak pernah mencuri atau mengambil barang orang tanpa izin. Tiba-tiba sahabat anda kecelakaan di sungai. Yang paling pantas untuk membantunya hanya ada tiang bendera orang. Apa tindakan jika anda PENGAIL?


Anda ingin hidup berkat tanpa termakan sumpah orang. Tiba-tiba kambing anda terlepas dan pada bila-bila masa akan menjajahi kebun orang. Yang paling pantas untuk menyelamatkan keadaan hanya ada tali tiang bendera orang. Apa tindakan jika anda DESAWAN?


Bendera negara adalah maruah negara dan ibarat nyawa anda. Setiap pagi anda setia menaikkannya. Tiba-tiba ada wanita menyorok dalam semak memerlukan kain untuk menutup maruahnya dan merayu pertolongan anda. Anda hanya ada bendera kain sahaja. Apa tindakan jika anda LELAKI?


Selubung adalah maruah anda di kepala. Adakah anda sedia membalut luka kaki lelaki jika anda WANITA?


Adakah sanggup maruah bendera, wanita dan alam di kaki anda?


Inilah kisah negarawan kecil melalui pementasan Teater Kanak-Kanak dan Teater Remaja, karya ke-8 dan arahan ke-9 Ladin Nuawi, bertajuk “Kain Bendera Kain” pada 13-16 Disember 2007 di Auditorium Taman Budaya Kuala Lumpur, Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur. Teater ini mendapat kerjasama Srikandi Tun Fatimah dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan WP Kuala Lumpur.


Teater semi muzikal 90 minit ini bertemakan kenegaraan. Melibatkan 30 orang pelakon kanak-kanak dan remaja berusia antara 4 hingga 17 tahun dan 30 orang pasukan kerja. Pada naskhah yang sama akan diadakan dua pementasan: (1) lakonan kanak-kanak, 3.30-5.00 petang, di bawah arahan Ladin Nuawi dan (2) lakonan remaja, 8.30-10.00 malam, di bawah arahan Zukri Jantan. 8 orang negarawan dijemput khas untuk membaca sebuah puisi mereka dalam pementasan ini.


Tiket RM: Kanak-kanak/Pelajar (7.00), Dewasa (12.00), Pakej Bahagia, 2 dewasa dan 3 kanak-kanak (38.00), Pakej 10 Kanak-kanak/Pelajar (50.00), Pakej 10 Dewasa (100.00), dan Pakej Satu Pementasan Amal (3,000.00). Pakej Pengarah: rombongan taska, tadika, sekolah, PIBG, IPT, pertubuhan dan rumah kebajikan. Pakej Penerbit: masuk percuma khas untuk bayi menyusu, Warga Emas 65 tahun ke atas dan O.K.U..

Monday, October 29, 2007

Iklan"Kain Bendera Kain"/"Kain Bendera Kain" Promo

TEATER KANAK-KANAK DAN REMAJA KAIN BENDERA KAIN
Maruah Bendera Negara, Wanita, Alam Bukan Di Kaki

Bingkas Kebayan akan mementaskan Teater Kanak-Kanak dan Teater Remaja, karya ke-8 dan arahan ke-9 Ladin Nuawi, bertajuk "Kain Bendera Kain" pada 13-16 Disember 2007 di Auditorium Taman Budaya Kuala Lumpur, Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur.


Teater semi muzikal 90 minit ini melibatkan 30 orang pelakon kanak-kanak dan remaja berusia antara 4 hingga 17 tahun dan 30 orang pasukan kerja. Pada naskhah yang sama akan diadakan dua pementasan: (1) lakonan kanak-kanak, 3.30-5.00 petang, arahan Ladin Nuawi dan (2) lakonan remaja, 8.30-10.00 malam, arahan Zukri Jantan.

8 orang negarawan dijemput khas untuk membaca sebuah puisi mereka dalam pementasan ini.


Tiket: Kanak-kanak/Pelajar (RM7.00), Dewasa (RM12.00), Pakej Bahagia, 2 dewasa dan 3 kanak-kanak (RM38.00), Pakej 10 Kanak-kanak/Pelajar (RM50.00), Pakej 10 Dewasa (RM100.00), dan Pakej Satu Pementasan Amal (RM3,000.00). Pakej Pengarah: rombongan taska, tadika, sekolah, PIBG, IPT, pertubuhan dan rumah kebajikan. Pakej Penerbit: masuk percuma khas untuk bayi menyusu, Warga Emas 65 tahun ke atas dan O.K.U..


Sebarang pertanyaan sila hubungi: Baya 019 3357957, Yani 013 3999568 dan
Ladin Nuawi 012 3721453.

Thursday, September 13, 2007

Recent photos of activities of Bingkas Kebayan

Latihan teater "Kain Bendera Kain"/"Kain Bendera Kain" rehearsal photos
"Aahh~ malunya, malunya..."

Bakal-bakal "hero" tayang body... Jangan salah sangka! Ini cuma latihan.
(tapi dalam skrip memang ada ditulis bahawa watak-watak Pengail, Pemancing & Lelaki MEMANG terpaksa buka pakaian...tapi bersebab, bukan suka2 tau!!!)




































































Thursday, June 21, 2007

Profil Individu/ Individual Profiles: Azizah Hussain @ Mama Zie

AZIZAH BTE HUSSAIN
1994-2006- Berkhidmat sebagai Guru Prasekolah di Jabatan Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasional selama 12 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran dalam Pendidikan Prasekolah di Institut Perguruan Bahasa Melayu ,Malaysia.

Antara kejayaan dan penglibatan:
1985-1991- Mula menceburikan diri dalam bidang teater dengan menyertai Persatuan Teater Sekolah-sekolah Daerah Muar dan Teater Maharani Muar.
1990- Memenangi sketsa terbaik dalam pertandingan Kempen Anti Dadah sekolah-sekolah peringkat daerah bertajuk "Apa ini?!"
1991-Memenangi skrip dan pengarahan terbaik pertandingan drama sekolah-sekolah peringkat daerah dalam "Ulik Mayang Kembali Lagi".
1992- Johan Pertandingan Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan peringkat sekolah dan tempat ketiga di peringkat daerah.
1993- Memenangi pelakon wanita terbaik pertandingan drama peringkat negeri dalam Taridra " Lembing Awang Pulang ke Dayang".
1992-93- Menubuhkan kelab teater sekolah-sekolah dan bertindak sebagai pembimbing muda dan pengerusi teater sekolah-sekolah daerah Muar.
1994-2006- Menjadi jurulatih guru-guru dan kanak-kanak Tabika di JPNIN,KEMAS dan tabika swasta dalam pementasan drama dan tari (Selangor dan Johor).
2004- Menyertai Persatuan Anjung Seni Bingkas Kebayan, Malaysia dalam teater kanak-kanak "Sungai Bonda".
2005- Menjadi Pengarah Projek Persatuan Anjung Seni Bingkas Kebayan, Malaysia dalam Pementasan Taman Puisi Kanak-kanak "Rebung Puisi".
2006- Menjadi Penolong Pengarah Persatuan Anjung Seni Bingkas Kebayan, Malaysia dalam teater kanak-kanak "Duta Samudera".


Tuesday, June 19, 2007

Profil Individu/ Individual Profiles: Ladin Nuawi

LADIN NUAWI (Othman Aladin bin Nuawi)
K/P: 560303-03-5055
Tarikh/Tempat Lahir: 3 Mac 1956, Selising, Pasir Puteh, Kelantan.
Alamat: 11B, Jalan Pandan Indah 1/23B, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur
Tel: 012 3721453

PEKERJAAN
Karyawan seni sepenuh masa.
(Pengarah, Penulis, Pembimbing dan Penasihat teater kanak-kanak, teater umum dan puisi; Penulis Rencana sastera dan budaya; Penulis Lirik lagu; Juru Foto; Penulis naskhah dan Pelakon drama televisyen dan pentas.)

PENGALAMAN
1982-83: Guru, Akademik Kenali, Kubang Kerian, Kelantan
1984: Guru Besar, Institut Hiliran, Kuala Terengganu, Terengganu
1988-90: Jurulatih Unit Kebudayaan, ITM, Shah Alam, Selangor
1996-97: Penulis Tetap Sastera dan Budaya, Utusan Malaysia
1996-97: Penulis Tetap Dewan Sastera, DBP; Penulis Tamu Majalah Akar
1998 dan 1990: Wakil Malaysia World Congress of Poets X, Thailand dan WCP XI, Mesir
1991-94: Pengembara, (ASEAN, India, Mesir, Jordan, Turki, German, Perancis, United Kingdom)
1991-94: menetap di United Kingdom
2005-kini: Panel Skrip Rancangan Salam Pantai Timur, RTM TV1
2007: Pembimbing Fiesta Drama KOMSAS KE-3, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM.

BUKU
Sajak sajak LUKA (1985), Peta Puisi Malaysia (1987), Pemain Puisi (2000), Perjalanan Pulang Sang Seniman (2006) Negeri Kebayan terbitan KEKKWA (2005).

NASKHAH DAN ARAHAN TEATER
Sejak 1980 telah mengarah Enam Teater Improvisasi di Kelantan (1982-86): Ratapan Si Anak Tiri, Weh La, Deh, Hon, Persidangan Hantu-hantu Malaysia, dan Kisah Si Kembang Cina. Pementasan Puisi: Peta Puisi Malaysia dan Pemain Puisi, DBP, 1987 dan 1989. Setasik Puisi, Shah Alam, 1998. Teater dewasa Lembah Semantan, DBP, 19-22 Dis. 2005.

NASKHAH DAN ARAHAN TEATER KANAK-KANAK
Durian Gergasi, K. Lumpur, 6-10 Ogos 1999;
Negeri Kebayan, DBKL, KL, 13-17 Julai 2001;
Sewang Rimba, K.L, 6-11 April 2002;
Di Mana Singa, K.L, 23-29 Jun 2003;
Sungai Bonda, K.L, 7-13 Jun 2004;
Rebung Puisi (K.L 13-16 April; Perak 14-15 Mei; Kedah 5-6 Jun) 2005.
Duta Samudera, Alam Merdeka Alam, K.L, 23-28 Ogos 2006.
Pohon Kasih (Kuantan, 2 Dis. Festival Kesenian Kanak-kanak Malaysia/Semarak Seni).
Pohon Kasih, teater kanak-kanak bersiri (5 episod) untuk Karyanet DBP).

LAKONAN DAN ARAHAN TEATER
Kopratasa, Aziz hm, 1981;
Kerusi, Bidongku Luka, Marzuki Ali, 1984 dan 1985;
Opera Ayu Chendana, Fauziah Nawi, 2000;
Umbut Mayang Mengurai, Khalid Salleh, 2002.

LAKONAN DAN ARAHAN DRAMA TELEVISYEN
Adam Ayuni, Shirin Salimon (ASTRO, 1996);
Sebelum Pulang, Hazali Haji Ramli (RTM, 1997);
Al-Irsyad, Fauziah Nawi (RTM, 1999);
Calet Tuk Wan, Adman Salleh (TV3, 2000);
Kelab Wayang Gambar, Kamal Ishak (RTM, 2004).
The History of Pink Elephant, Woo Ming Jin. (filem, 2006).
James Lee (NTV7, 2007).

NASKHAH DRAMA TELEVISYEN
Sebelum Pulang, Hazali Haji Ramli; Rumah Kenangan, Fauziah Nawi (RTM, 1997); Pewangi Di Udara, Hazali Haji Ramli (RTM, 1998); Setia Pada Janji, Aida Rahim; Aki, Johari Yusof (RTM, 2000); Songket Cinta Bertenun Duka, Faisal Chal (TV3, 2005). Sketsa Hadiah Raya, Hari Raya Puasa (RTM, 2006). Badut Bisu, Malek Rahman (RTM, 2007).