Friday, February 22, 2008

Lagu-lagu untuk latihan sempena Maulidur Rasul 22 Mac 2008

Salam sejahtera & Selamat Tahun Baru 2008!

Maaflah lambat sangat update website ni sampai Penerbit & Pengarah tertanya-tanya apa yang telah terjadi kepada Admin. Dah masuk minggu ke-3 bulan dua ni barula Admin dapat update web ini, al-maklumlah Admin ni kan 'anak sekolah' juga.

Baru-baru ni, pada 9-10 Februari lalu kamipun menerima kemasukan baru ahli-ahli persatuan. Boleh dikatakan ramai jugalah wajah-wajah baru dalam Bingkas Kebayan. kami merekrut ahli-ahli baru Bingkas Kebayan bertempat di Ruang Galeri Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Rasanya rezeki tahun barulah sebab tahun ini Bingkas Kebayan bekerjasama, malah menjadi anak angkat MPAJ. Maka, sebagai pembuka tirai tahun baru Bingkas Kebayanpun akan mengadakan Majlis sambutan Maulidur Rasul pada 22 Mac ini bertempat di Auditorium MPAJ, jam 3:00 petang. Insya Allah majlis ini diharapkan berjalan lancar & berjaya hendaknya.

Ok! Buat adik-adik yang giat berlatih lagu-lagu yang akan dipersembahkan dalam majlis tersebut, Admin cuba masukkan video/lagu ke web ini untuk rujukan adik-adik. Selamat berlatih!















Untuk lagu-lagu lain, Insya-Allah Admin akan usahakan platform lain untuk masukkan lagu ke dalam blog ni. Sesiapa yang ada idea tentang platform lagu yang sesuai pun boleh maklumkan/post comment ke blog ini.

Jumpa Lagi!