Wednesday, November 14, 2007

Sampel risalah "Kain Bendera Kain"/"Kain Bendera Kain" sample flyer

YAAAAY~~! akhirnya...

berjaya gak load imej ni ke website... 
fuhh~ lega...

bahagian depan/front

bahagian belakang/back







Thursday, November 1, 2007

Siaran pendek "Kain Bendera Kain"/"Kain Bendera Kain" Short press kit

kain Bendera kain
Maruah Bendera Negara, Wanita, Alam
Bukan Bahan Sendaan

Anda menemui baju dan sarung wanita hanyut di sungai. Sepadanya anda menemui perhiasan purba. Apa tindakan jika anda memainkan watak PEMANCING?


Anda tidak pernah mencuri atau mengambil barang orang tanpa izin. Tiba-tiba sahabat anda kecelakaan di sungai. Yang paling pantas untuk membantunya hanya ada tiang bendera orang. Apa tindakan jika anda PENGAIL?


Anda ingin hidup berkat tanpa termakan sumpah orang. Tiba-tiba kambing anda terlepas dan pada bila-bila masa akan menjajahi kebun orang. Yang paling pantas untuk menyelamatkan keadaan hanya ada tali tiang bendera orang. Apa tindakan jika anda DESAWAN?


Bendera negara adalah maruah negara dan ibarat nyawa anda. Setiap pagi anda setia menaikkannya. Tiba-tiba ada wanita menyorok dalam semak memerlukan kain untuk menutup maruahnya dan merayu pertolongan anda. Anda hanya ada bendera kain sahaja. Apa tindakan jika anda LELAKI?


Selubung adalah maruah anda di kepala. Adakah anda sedia membalut luka kaki lelaki jika anda WANITA?


Adakah sanggup maruah bendera, wanita dan alam di kaki anda?


Inilah kisah negarawan kecil melalui pementasan Teater Kanak-Kanak dan Teater Remaja, karya ke-8 dan arahan ke-9 Ladin Nuawi, bertajuk “Kain Bendera Kain” pada 13-16 Disember 2007 di Auditorium Taman Budaya Kuala Lumpur, Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur. Teater ini mendapat kerjasama Srikandi Tun Fatimah dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan WP Kuala Lumpur.


Teater semi muzikal 90 minit ini bertemakan kenegaraan. Melibatkan 30 orang pelakon kanak-kanak dan remaja berusia antara 4 hingga 17 tahun dan 30 orang pasukan kerja. Pada naskhah yang sama akan diadakan dua pementasan: (1) lakonan kanak-kanak, 3.30-5.00 petang, di bawah arahan Ladin Nuawi dan (2) lakonan remaja, 8.30-10.00 malam, di bawah arahan Zukri Jantan. 8 orang negarawan dijemput khas untuk membaca sebuah puisi mereka dalam pementasan ini.


Tiket RM: Kanak-kanak/Pelajar (7.00), Dewasa (12.00), Pakej Bahagia, 2 dewasa dan 3 kanak-kanak (38.00), Pakej 10 Kanak-kanak/Pelajar (50.00), Pakej 10 Dewasa (100.00), dan Pakej Satu Pementasan Amal (3,000.00). Pakej Pengarah: rombongan taska, tadika, sekolah, PIBG, IPT, pertubuhan dan rumah kebajikan. Pakej Penerbit: masuk percuma khas untuk bayi menyusu, Warga Emas 65 tahun ke atas dan O.K.U..